Monday, August 24, 2015
Rafizi, Tony Jangan Berdiam Diri, Nyatakan Pendirian – Budiman
Sikap berdiam diri Naib Presiden PKR, Rafizi
Ramli dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berhubung kontroversi
penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) menimbulkan tanda tanya.
Setiausaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN)
Selangor, Budiman Mohd. Zohdi berkata, ini kerana kedua-dua mereka
sering lantang mempersoalkan amalan integriti, ketelusan dan
akauntabiliti pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
“Kita mengajak Rafizi, Tony untuk sama-sama merungkai kebimbangan
ini. Sehingga saat ini, tiada kenyataan yang jelas berkaitan pendirian
mereka terhadap isu DEIG.
“Mereka selalu bercakap soal integriti, ketelusan dan akauntabiliti.
Ketelusan sebenar perlu melangkaui sempadan politik kepartian,” katanya
dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Baru-baru ini, sebuah portal berita mendedahkan rekod terkini
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan kedua-dua saham bernilai
RM2 dalam DEIG dipegang oleh dua individu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif
(CEO) MBI, Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Pegawai Operasi (COO)
MBI, Soffan Afffendi Aminuddin.
Menurut portal tersebut, pegangan saham itu dilihat bertentangan
dengan struktur pegangan yang dipaparkan di laman web DEIG yang
menunjukkan DEIG merupakan 100 peratus milik penuh MBI.
Budiman yang juga ADUN Sungai Panjang menjelaskan, pelantikan
kedua-dua individu terbabit juga dipersoalkan kerana tidak dilakukan
melalui proses lantikan terbuka.
“Adakah CEO dan COO ini mempunyai rekod perkhidmatan terbaik seperti diuar-uarkan oleh Menteri Besar?” soalnya.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment