Monday, August 24, 2015
Hanya Askar Sahaja Boleh Ajar Kerajaan DAP Pulau Pinang
Susulan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
menarik diri untuk menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2015 peringkat
negeri Pulau Pinang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini
beralah dan akur akan menggunakan tema hari Kebangsaan oleh kerajaan
Pusat.
Keputusan itu diumumkan oleh Guan Eng pada sidang media di Kompleks Tun
Abdul Razak (KOMTAR), selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco tergempar
pagi tadi.
Menurut Guan Eng keputusan itu dibuat selepas ATM dan PDRM memutuskan tidak akan menyertai perarakan peringkat negeri.
"Keputusan ATM dan PDRM menarik diri daripada sambutan kali ini, akibat
akur kepada desakan kerajaan pusat, menyebabkan kerajaan negeri membuat
pertimbangan semula.
"Kerajaan negeri akan menggunakan tema sama dengan yang diumumkan kerajaan pusat," kata Guan Eng.
ATM semalam memutuskan tidak akan menyertai sambutan Hari Kebangsaan
peringkat negeri Pulau Pinang berikutan kerajaan negeri itu menggunakan
tema "Bersih, Cekap dan Amanah" yang tidak sejajar dengan tema peringkat
kebangsaan iaitu "sehati sejiwa'.
Susulan itu, PDRM juga memutuskan untuk tidak menyertai sebarang
aktiviti sambutan Hari Kebangsaan 2015 peringkat negeri Pulau Pinang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment