Monday, August 24, 2015
Melayu Pulau Pinang Semakin Merempat Di Bumi Sendiri
Penduduk Kampung Mutiara Batu Feringgi bakal menerima nasib sama seperti
penduduk Kampung Buah Pala apabila kediaman yang mereka duduki selama
ini akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.
Walau bagaimanapun, penduduk di Kampung Mutiara Batu Feringgi enggan
keluar dari kampung tersebut kerana kampung itu dikatakan mempunyai
sejarahnya yang tersendiri.
Menurut Penduduk Kampung Mutiara Batu Feringgi, Zawyah Binti Ismail,
mereka sekeluarga sudah masuk generasi yang ketiga telah menetap di
kampung tersebut yang akan dirobohkan oleh atas arahan mahkamah itu.
Katanya, dia sekeluarga dan penduduk di kampung itu tidak akan keluar
meninggalkan kampung tersebut yang telah banyak memberi kenangan dan
sejarah kepada mereka.
Jelasnya, mereka tiada tempat lain untuk berteduh jika dihalau dari
kampung itu dan berharap ada pihak yang dapat membantu mereka sekampung
untuk mengekalkan kampung ini.
"Walaupun satu inci kami tidak akan berganjak... kami tak mau ubah.
Inilah satu-satu tempat kami," kata Zawyah yang diiringi bersama air
mata.
Menurut sumber yang diterima oleh penduduk kampung disitu, kampung itu
juga telah melahirkan ramai pejuang negara yang mempertahankan negeri
itu dari penjajah pada satu ketika dahulu.
Jelas penduduk disitu, amatlah kesal jika kampung ini dibiarkan diroboh
oleh pemilik tuan tanah yang mahu tanah tersebut dibangunkan kerana
kampung ini terdapat banyak sejarah yang menceritakan pejuang-pejuang
tanah Melayu terdahulu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment