Monday, August 24, 2015

Budak Mati Dilanggar Kereta Kerana Ibu Leka Dengan Telefon Bimbit...

Terlampau sibuk dengan membelek telefon bimbit 24 jam sampai anak terbiar sahaja!! Di China, berhampiran dengan pusat beli-belah Zhengzhou seorang budak lelaki berusia dua tahun maut dilanggar kereta.

Difahamkan, mak mangsa dok sibuk bermain telefon bimbit berbanding nak tengok-tengok anak dia. Buat business apa pun tak tau sampai tak ada masa nak pandang sat kat anak tu. Anak dalam bahaya pun tak tau!!

Menurut saksi kejadian, budak lelaki tu dok main tengah jalan sorang diri. Mak budak lelaki tu pula dok sibuk main enset sampai tak sedar anak dia dok main kat tengah jalan.

Budak lelaki malang tu kena langgar dengan pemandu kereta SUV, Wong yang kini ditahan untuk bantu siasatan. Budak tu meninggal masa dikejarkan ke hospital.

Mak budak tu dok teriak dan meraung pun dah tak berguna kalau benda tu dah tak boleh diputar kembali!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment