Monday, August 24, 2015
Perangai Tunjuk Keras Kepala!!!! Guan Eng Buat Pusingan U... Pulau Pinang Kembali Guna Tema 'Sehati, Sejiwa'
Selepas dikecam bertubi-tubi... kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng buat pusingan U.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengambil keputusan untuk menarik balik
tema sambutan kemerdekaan peringkat negeri yakni 'Bersih, Cekap, Amanah '
yang dipertikai ramai pihak.
Tema itu bukan saja tidak selari dengan tema nasional tetapi dilihat
macam ada kaitan dengan himpunan Bersih pada 29 dan 30 Ogos ini.
Guan Eng pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO tergempar pagi Isnin.
Katanya kerajaan negeri akan menggunakan tema 'Sehati, Sejiwa', sama
seperti yang diumumkan kerajaan Pusat bagi sambutan kemerdekaan tahun
ini.
Apa yang menjadi 'turning point' keputusan kerajaan DAP itu adalah
selepas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memutuskan tidak menyertai
perarakan peringkat negeri.
"Keputusan ATM menarik diri daripada sambutan kali ini, akibat akur
kepada desakan kerajaan pusat, menyebabkan kerajaan negeri membuat
pertimbangan semula.
"Kerajaan negeri akan menggunakan tema sama dengan yang diumumkan kerajaan pusat," kata Lim.
Peranan ATM untuk melakukan perarakan kehormat diraja di hadapan Yang Di
Pertua Negeri Pulau Pinang adalah satu tradisi penting untuk sambutan
ini, katanya.
Sebelum ini, Guan Eng dikecam selepas cuba mempolitikkan tema Hari
Kemerdekaan dengan hanya menggunakan slogan 'Bersih' yang serupa dengan
slogan kumpulan NGO haram Bersih.
Tapi selepas dikritik beliau menukar kepada slongan 'Bersih, Cekap, Amanah' yang merupakan slogan kerajaan satu masa dulu.
Bagaimanapun tindakan itu dikritik kerana cuba mewujudkan tema berbeza dengan kerajaan Pusat.
Kementerian Pendidikan mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan sekolah-sekolah dibawahnya terlibat dengan sambutan tersebut.
Sementara polis dan tentera mengambil langkah yang sama.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, keputusan itu
dibuat berikutan tema sambutan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri
iaitu 'Bersih, Cekap dan Amanah' tidak sejajar dengan jiwa serta
semangat sambutan Hari Kebangsaan 2015.
"Selagi Pulau Pinang nak guna tema sendiri, polis tidak akan ikut serta (dalam sambutan) Hari Kebangsaan tahun ini," katanya.
Bagaimanapun, Khalid berkata, pihaknya hanya akan menyertai sambutan
tersebut sekiranya kerajaan negeri itu menggunakan tema Hari Kebangsaan
2015 iaitu 'Sehati Sejiwa'.
Pada Ahad, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memutuskan untuk tidak
terlibat dalam sebarang aktiviti sambutan Hari Kebangsaan peringkat
negeri Pulau Pinang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment