Monday, August 24, 2015
Tak Ada Kerja Cari Kerja.... Inilah Padahnya.... Jabatan Kesihatan Siasat Gambar Selfie Doktor Dengan Ibu Bersalin
JOHOR BARU : Jabatan Kesihatan negeri sedang menyiasat aduan mengenai
seorang doktor yang didakwa berselfie bersama seorang pesakit dalam
posisi bersalin sehingga menampakkan alat kemaluan wanita tersebut dan
menjadi viral di laman media sosial.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Ayub Rahmat
berkata jabatan itu sudah memulakan siasatan berhubung perkara tersebut.
"Kami sudah mengenal pasti doktor dan hospital terbabit. Siasatan sedang
dijalankan dan kami akan memutuskan tindakan yang akan diambil selepas
ini," katanya kepada The Star.
Beliau mengingatkan pengamal perubatan supaya tidak menyalahgunakan teknologi semasa menjalankan profesionalisme mereka.
Doktor tersebut dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an dikritik di atas tindakannya yang tidak menghormati privasi pesakit.
Difahamkan doktor tersebut berkhidmat sebagai pegawai perubatan di
hospital berdekatan Taman Mount Austin di sini sejak tiga tahun lalu.
Dia terkenal dengan sikap suka berselfie ketika sedang bekerja di dewan bedah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment