Sunday, August 02, 2015
Cadangkan Semula Parti Politik Wajib Dedah Sumber Dana - PM
SEREMBAN : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan mencadangkan
semula peraturan yang mewajibkan parti politik di negara ini,
mengisytiharkan sumber kewangan parti masing-masing. Beliau berkata,
cadangan itu pernah dibuat sebelum ini, tetapi ditentang oleh parti
pembangkang. "Pembangkang mendesak kita untuk mendedahkan sumber
kewangan parti. Saya bersedia melakukan demi ketelusan, tetapi malangnya
mereka yang tidak bersetuju.
"Oleh itu, saya mencadangkan supaya peraturan mewajibkan sumber kewangan
parti diisytiharkan dibuat semula," katanya ketika merasmikan mesyuarat
perwakilan UMNO bahagian Seremban di sini, hari ini. Najib yang juga
Presiden UMNO berkata, ini bagi memastikan keadilan kepada semua pihak
kerana sebelum ini parti pembangkang mahu UMNO mendedahkan sumber
kewangan parti, tetapi mereka tidak mahu berbuat demikian.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment