Tuesday, August 18, 2015
Dahsyatnya..... Letupan Bangkok : Bukan Jenis Bom Dari Selatan Thailand, Kata Tentera
Apa yang paling ditakuti selepas kejadian pengeboman di tengah-tengah kawasan pelancongan Bangkok malam Isnin adalah 'Islamphobia'.
Atau bahasa mudahnya, pemberontak Islam di Selatan Thailand disalahkan, dan jika ia berlaku, sudah pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap krisis antara agama di negara Gajah Putih tersebut.
Sehingga kini belum ada maklumat cukup mengenai siapa yang bertanggungjawab meletupkan bom di jalan berdekatan Kuil Erawan, yang jelas mahu membunuh seramai mungkin orang awam termasuk pelancong itu.
Tapi kenyataan ketua tentera diraja Thailand Jeneral Udomdej Sitabutr dalam satu temubual di media negara itu sedikit melegakan.
“Insiden ini tidak sepadan dengan apa yang berlaku di selatan Thailand. Jenis bom yang digunakan juga tidak terdapat di selatan negara ini,” katanya yang juga Timbalan Menteri Pertahanan.
Ketua Polis Thailand, Somyot Poompanmuang, berkata serangan bom itu belum pernah berlaku di negara itu kerana letupan itu tercetus daripada bom paip.
Sementara itu, di Washington, Jabatan Negara berkata, masih terlalu awal untuk menyatakan letupan itu adalah serangan pengganas. Jurucakapnya, pihak berkuasa Thailand setakat ini belum minta bantuan Amerika Syarikat (AS).
Bagi Thailand, mereka berikrar akan memburu pihak terlibat dalam letupan bom itu yang mengorbankan 21 orang dan mengakibatkan 123 orang cedera.
Turut menjadi korbanadalah dua rakyat Malaysia yang disahkan terbunuh oleh pihak kedutaan.
Kerajaan Malaysia merakamkan simpati kepada Kerajaan Thailand dan warganya berikutan kejadian letupan bom itu, dalam satu kenyataan pagi Selasa.
Ketua Polis Negara itu, Samyot Poompummuang menyifatkan pihak yang terlibat dalam letupan itu menggunakan 'paip bom' yang diletakkan di dalam kuil.
"Sesiapa pun yang terlibat menanam bom itu adalah kejam kerana tujuannya untuk membunuh. Menanam bom bermakna mereka yang terlibat mahu membunuh banyak nyawa," katanya.
Sementara itu, wartawan BBC, Jonathan Head berkata, kawasan di tempat letupan itu mengerikan kerana serpihan tubuh manusia bersepah.
Marko Cunningham, paramedik yang berasal dari New Zealand pula menggambarkan kawasan letupan umpama 'pasar daging'.
"Anggota badan manusia bersepah, ada yang hancur. Ia sungguh menggerikan," katanya.
Pasukan polis dikerah ke lokasi sejak awal pagi ini untuk menjalankan siasatan tereprinci bagi mencari petunjuk untuk memburu dalang terbabit.
“Pengumpulan bukti yang dibuat malam tadi adalah tidak mencukupi,” kata Udomdej.
Kuil Erawan terletak di lokasi yang sibuk berhampiran hotel terkemuka, pusat membeli belah, pejabat, hospital dan tarikan utama lain bagi pelancong timur Asia termasuk China. Malah warga tempatan juga turut berkunjung ke kuil itu untuk bersembahyang.
“Dalang di sebalik kejadian ini dilihat cuba untuk memusnahkan ekonomi dan pelancongan kerana insiden ini berlaku di pusat tumpuan pelancong,” kata Menteri Pertahanan, Prawit Wongsuwan.
Pelancongan adalah antara penyumbang utama ekonomi Thailand yang terjejas selepas tentera merampas kuasa pada Mei 2014.
Pelancongan menyumbang 10 peratus kepada ekonomi dan kerajaan mengunjurkan pemulihan kedatangan pelancong tahun ini.
Kuil Erawan yang terletak di kawasan sibuk berdekatan hotel terkemuka, pusat beli-belah, pejabat dan hospital adalah tarikan utama dalam kalangan pelancong dari Asia Timur termasuk China.
Ramai warga tempatan juga mengunjungi rumah ibadat berkenaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment