Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Tuesday, August 18, 2015
Akhirnya Kerajaan Pakatan Selangor Terpaksa Akui Keperluan Projek Langat 2
18 Ogos 2015, Kuala Lumpur : Akhirnya kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR terpaksa mengakui bahawa rancangan kerajaan pusat untuk membina Loji Rawatan Air Langat 2 adalah betul dan tepat dan tindakan mereka yang sering mempolitikkan isu air ini menyebabkan rakyat menderita.
Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar, sekiranya pembangkang tidak mempolitikkan isu ini sudah pasti kini loji tersebut telahpun siap dan masalah air telah dapat diatasi.
Tetapi dek kerana sikap mereka yang sering mempolitikkan semua isu tanpa ada sempadan membuatkan perkara penting ini tertangguh begitu lama, katanya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Azmin ali yang mengakui masalah air di negeri itu bukanlah disebabkan oleh bekalan air mentah tetapi berpunca daripada akibat kekurangan loji rawatan air.
“Secara peribadi saya telah banyak kali menekankan isu pembinaan Langat 2 ini tetapi kerajaan negeri tetap berdegil. Mereka sering mencampur adukkan isu penstrukturan air dengan pembinaan loji Langat 2.
“Ini adalah dua perkara berbeza. Penstrukturan air ialah komersial… Langat 2 adalah untuk pastikan bekalan air terawat mencukupi.
“Kini perjanjian penstrukturan air telah ditandatangani tapi air terawat tiada.. sebab apa… sebab Langat 2 tak siap,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah beliau lagi, kini rakyat terpaksa menunggu lebih kurang empat tahun lagi untuk loji ini disiapkan.
“Saya nak bertanya kepada kerajaan negeri Selangor, apakah yang mereka akan lakukan bagi mengatasi masalah air dalam tempoh empat tahun ini dan adakah lebih 700 projek di negeri ini akan diberhentikan kerana masalah air ini.
“Kini rakyat yang terpaksa menanggung akibat kerana sikap pembangkang yang berpolitik tidak kena tepat,” katanya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment