Tuesday, August 25, 2015
Dap Digesa Perincikan Dana Jutaan Ringgit Untuk Bina Bangunan Parti?
BUKIT BENDERA : Jika sebelum ini, Pergerakan Pemuda UMNO
Pulau Pinang mendesak Dap mendedahkan sumber kewangan yang diperolehi
bagi membina pejabat parti itu yang bernilai jutaan ringgit hanya dalam
tempoh dua tahun parti itu memerintah Pulau Pinang, kini sekali lagi
parti itu di desak dan dicabar mendedahkan senarai penderma bagi jumlah
lebih tiga juta ringgit untuk pembinaan bangunan yang tercatat dalam
penyata kewangan mereka pada tahun 2009.
Ketua pergerakan tersebut, Rafizal Abd Rahim mahu Setiausaha Dap yang
belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng membuat perincian terhadap jumlah
tersebut.
“Jika mereka sememangnya telus dan jujur, tidak ada apa yang perlu
disorokkan. Dalam penyata kewangan tersebut, tiada perincian yang
dibuat. Seharusnya dari mana sumber kewangan itu datang haruslah
dicatatkan di dalam penyata kewangan agar ia tidak menjadi persoalan.
“Bukanlah saya mahu menuduh mereka ini tidak betul… tapi saya sekadar
nak tahu daripada mana dana tersebut? Siapa yang begitu murah hati
menderma kepada mereka,” ujar Rafizal kepada media.
Sebelum ini Pemuda Pulau Pinang mencabar Dap menjelaskan bagaimana
mereka mampu membina bangunan jutaan ringgit hanya dalam tempoh dua
tahun sedangkan Gerakan dahulu mengambil masa 12 tahun untuk membina ibu
pejabat sendiri itupun sekadar sebuah premis biasa.
“Kita lihat pembangkang ini sering mencari koyak kain orang lain
sedangkan kain mereka yang koyak ditutup serapat-rapatnya. Ada sahaja
alasan dan putar belit mereka mahu mengelak daripada menjawab segala
persoalan.
“Tetapi mereka cukup pandai mendesak kerajaan dalam segala hal sehinggakan perkara yang betulkan kelihatan salah.
“Jadi, apalah salahnya mereka membuktikan ketelusan dan kejujuran
dengan mendedahkan wang yang tertera dalam penyata kewangan tersebut,”
ujarnya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment