Tuesday, August 25, 2015

WCFKL 2015 Platform Ke Arah Pembangunan Komunikasi, Bisnes Dan Politik – Shahrizat

KUALA LUMPUR : World Communication Forum Kuala Lumpur 2015 (WCFKL 2015) yang julung kalinya bakal diadakan akan menjadi platform ke arah pembangunan industri komunikasi, sektor bisnes, kemasyarakatan dan juga politik, kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selaku penaungnya.
http://www.themalaysiantimes.com.my/wp-content/uploads/2013/11/Shahrizat.jpg
Jelas beliau, forum ini yang dianjurkan Koperasi Wanita Bersatu Maran Berhad (KOWAMA) sangat relevan dengan persekitaran semasa dan sejajar dengan pertumbuhan industri komunikasi serta sektor-sektor lain yang semakin pesat pada masa kini.

“Sebelum ini, forum tersebut hanya diadakan di benua Eropah sahaja tetapi kali ini WCFKL 2015 akan berlangsung di Kuala Lumpur,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi ini.

Beliau yang juga merupakan penaung program tersebut berkata sebanyak 12 pakar terkemuka dunia komunikasi akan turut serta dalam forum ini, antaranya Paul Holmes, Allan Mayer, dan Sean Gardner yang akan membincangkan topik-topik kritikal berkaitan pembangunan industri komunikasi, sektor bisnes, kemasyarakatan dan juga politik.

“Pakar-pakar dan pengamal komunikasi dari seluruh rantau Asia serta mereka yang terlibat dalam sektor Perhubungan Awam, Pemasaran, Perhubungan Strategik Pelabur dan Perhubungan Media juga dijangka akan turut serta di dalam forum ini.”

WCFKL 2015 ini akan diadakan pada 28 dan 29 September ini, bertempat di PWTC yang bertemakan “Commmunication World : Changes, Challenges, Chances”.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment