Tuesday, August 25, 2015
Jamil Khir: Urusan Haji Kendalian TH Berjalan Dengan Baik Dan Lancar
KUCHING : Orang ramai diminta supaya tidak bimbang atau
membuat sebarang andaian mengenai kemungkinan timbul masalah buat jemaah
haji di tanah suci ekoran penyusutan nilai mata wang negara ketika ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom
berkata semua urusan jemaah haji yang dikendalikan oleh Tabung Haji (TH)
berjalan dengan baik dan lancar.
Beliau berkata TH sentiasa berada di tanah suci sepanjang musim haji
bagi membantu setiap keperluan jemaah kendaliannya, termasuk menyediakan
perkhidmatan pengeluaran dan penyimpanan wang buat mereka.
“Tempat makan, minum, (jemaah) semua disediakan, semua diuruskan, dia
bukan beli sendiri makanan, Tabung Haji yang sediakan (makanan),”
katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas menyampaikan
anugerah sijil dan diploma pada Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran
Islam Malaysia Sarawak (Ikmas) di Dewan Kenyalang Ikmas di sini hari
ini.
Menurutnya ketika ini kerajaan memberikan subsidi RM7,290 bagi tiap
seorang jemaah supaya mereka hanya perlu membayar RM9,980 seorang untuk
menunaikan haji dengan TH.
Berdasarkan rekod, tahun lepas subsidi RM6,175 diberikan buat tiap
seorang jemaah manakala tahun sebelumnya RM5,755, supaya bayaran haji
dapat terus dikekalkan RM9,980.
Terdahulu Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
Datuk Othman Mustapha dalam ucapannya berkata Ikmas yang diwujudkan
sejak 15 tahun lepas telah berjaya melahirkan 633 graduan diploma dan
119 graduan persijilan sehingga kini.
Beliau berkata ramai graduan Ikmas diterima baik dalam pasaran kerja
khususnya di Sarawak, selaras dengan usaha berterusan Jakim dan kerajaan
untuk memperkasa institusi-institusi pengajian Islam dalam negara.
Sebanyak 91 graduan diploma dan 20 graduan persijilan menerima anugerah mereka pada majlis konvokesyen hari ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment