Tuesday, August 25, 2015
Perhimpunan Hujung Minggu Ini Dianggap Haram – Polis
KUALA LUMPUR : Perhimpunan yang dirancang diadakan di sini,
hujung minggu ini, dianggap ‘tidak dibenarkan’ atau haram kerana tidak
memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata berdasarkan
Seksyen 9 akta tersebut, pihak penganjur perlu mendapat kebenaran
pemilik tempat.
Namun sehingga kini, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
bertegas tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan di sekitar ibu kota
khususnya di Dataran Merdeka dan Dataran DBKL serta kawasan sekitarnya,
katanya.
“Kita akan ambil tindakan tegas (ke atas peserta) mengikut apa jua
peruntukan yg ada. Undang-undang dah ada patuhilah ia,” katanya dalam
sidang media bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin di
sini, hari ini.
Tajuddin berkata pihaknya tidak mempunyai masalah membantu penganjur
perhimpunan sekiranya mereka mengikut sepenuhnya undang-undang dan
mengadakan perhimpunan di tempat tertutup seperti stadium seperti mana
dicadang Mhd Amin.
Sementara itu, Mhd Amin mengulangi pendirian tidak membenarkan
perhimpunan diadakan di lokasi awam, khususnya di Dataran Merdeka dan
Dataran DBKL.
Beliau sebaliknya berkata pihaknya sedia membenarkan penganjur
menggunakan Stadium Titiwangsa yang berada di bawah seliaan DBKL atau
membantu mereka memohon Stadium Nasional Bukit Jalil daripada pihak
Majlis Sukan Negara atau Stadium Merdeka daripada Permodalan Nasional
Berhad.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment