Monday, August 24, 2015

DAP: Tolehlah Sejarah Kemerdekaan

Sedih dan terkilan kita dengan sikap kerajaan negeri Pulau Pinang apabila mengambil pendirian individualistik mahu menggunakan tema Hari Kebangsaan sendiri.

Seolah-olah wujud ‘negara dalam negara’ dengan mengetepikan Tema Kebangsaan ke-58, Sehati Sejiwa. Sebenarnya, bukan terkilan lagi, bahkan sudah sewajarnya timbul resah dalam setiap rakyat Malaysia dengan tindak tanduk kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng ini.

Kerana perlakuan ‘besar kepala’ inilah menyebabkan Kementerian Pendidikan terpaksa mengambil keputusan tegas melarang sekolah-sekolah di Pulau Pinang mengikuti acara Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgM9Olt5uVnq9YaZRaYi8ZYGkH9tzrKsHRFlv0igVT63Kz0GMJDZu-w_Q-P4XDXUOcbbZOxAULKeTZobYoNKOdmkx519BSuB2WUJ3vdpi9OWU8qSRY7dVm4nuguNUG2ZLCbfBHAj_caewdu/s1600/3.png
Andai kalau acara Hari Kebangsaan di Pulau Mutiara ini diraikan, maka pelajar sekolah-sekolah di negeri itu akan seolah-olah merasakan mereka tidak meraikan majlis yang sepatutnya diserap sebagai elemen patriotisme ini. Dan mungkin timbul kekeliruan dalam fikiran mereka sambutan itu bukan lagi untuk negara tercinta. Sebaliknya untuk ‘pihak atau negara lain’. Tema Hari Kebangsaan merupakan tunjang acara sambutan ini, maka kalau lain pula temanya, tentulah pula lain untuk menjiwainya.

Kalau sekali sudah dibenarkan atau diberi kelonggaran untuk menggunakan tema lain dari Sehati Sejiwa, esok lusa atau tahun depan, diulangi lagi.

Sebab itu sejarah penting sebagai panduan dan iktibar untuk memperbaiki masa lalu dan mencapai kejayaan lebih gemilang masa depan.

Kemerdekaan tidak boleh dimomokkan, apa lagi dengan tema sambutannya.

Seorang sarjana ekspatriat terkemuka dengan jelas menggambarkan keghairahan kemerdekaan sebagai ‘mengharumkan udara Kuala Lumpur dan minda penduduk untuk berhari-hari lamanya’ berikutan 31 Ogos 1957 dan pembentukan Kabinet Merdeka Tunku (Abdul Rahman Putra al-Haj) yang dinanti-nantikan pada 10 September 1957.

Tunku sebagai Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri memilih 11 orang kepercayaannya (*perhatikan keanggotaannya) untuk Kabinet Merdeka beliau iaitu:

Datuk Abdul Razak Hussein (Timbalan Perdana Menteri & Menteri Pertahanan), V.T Sambanthan (Kesihatan), Abdul Aziz Ishak (Pertanian), Kol. H.S Lee (Kewangan), Sulaiman Abdul Rahman (Dalaman & Kehakiman), Sardon Jubir (Kerja Raya, Pos & Telekom), Ong Yoke Lin (Buruh dan Kebajikan Masyarakat), Abdul Rahman Taib (Pengangkutan), Mohd. Khir Johari (Pendidikan), Tan Siew Sin (Perdagangan dan Industri) dan Bahaman Samsuddin (Sumber Asli).

Kita perlu ingat bahawa Malaya telah dilahirkan di dalam pemerintahan darurat dan masalah ketenteraman awam yang berpanjangan. Permasalahan Gee Hin dan Hai San dalam kegiatan-kegiatan samseng mencetuskan Enakmen Kediaman Terhad 1933 (RRE) manakala keganasan pembe­rontakan gerila komunis terpaksa dihadapi dengan Ordinan Darurat 1948.

Antara kejadian yang paling huru-hara semasa Darurat ialah pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney pada 6 Oktober 1951 dalam serangan hendap pengganas komunis berhampiran Kuala Kubu Baru di Selangor. Kematian Gurney mencetuskan tindakan drastik rombakan semula mekanisme pemerintahan Darurat.

Dalam Rancangan Briggs, kampung-kampung baru untuk orang Cina didirikan di beberapa bahagian Semenanjung terutama di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. 

Kampung-Kampung ini dikategorikan sebagai kawasan keselamatan berisiko tinggi oleh kerajaan kolonial dan dikepung dengan kawat berduri.

Sesuatu yang nyata, walaupun Rancangan Briggs terbukti berkesan dalam mengurangkan bantuan kepada pengganas, rancangan itu telah mewujudkan polarisasi perkauman. Bangsa Melayu dan Cina terutama­nya telah dipisahkan.

Orang Cina diletakkan di bandar-bandar dan kampung-kampung baru. Melayu di kampung-kampung dan India di ladang-ladang getah dan ‘kaman’ – berek-berek buruk untuk buruh-buruh yang sebahagian besarnya bekerja di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR).

Hakikatnya, kalau sesiapa termasuklah Guan Eng sendiri menye­dari, yakni walaupun penggerak ke arah mencapai kemerdekaan adalah sebahagian besarnya usa­ha orang Melayu, sumbangan masyarakat Cina dan India merupakan pencapaian berbilang kaum yang penting. Melalui kepimpinan Tan Cheng Lock, Ramani, T.H Tan dan lain-lain, ia merupakan lebih daripada hanya sebagai testimoni.

Pernah dilaporkan, Parti Komunis Malaya (PKM) – yang tidak diiktiraf di Malaya – melihat Cheng Lock dan sekutunya sebagai penghalang kepada rancangan mereka untuk menubuhkan kerajaan komunis. Semasa perhimpunan penubuhan di Kuala Lumpur, sebutir bom dilemparkan ke dalam Dewan Perhimpunan Cina yang hampir membunuh pengasas MCA ini (The Straits Times, 29 Februari 1949).

Kalau kerajaan DAP Pulau Pinang kembali menjenguk kembali sejarah tanah air, nescaya tidak akan timbul hal-hal sensitif yang cuba mereka cetuskan.

Tidak ada tema Hari Kebangsaan ke 58 selain “SEHATI SEJIWA”.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment