Monday, August 24, 2015
Kerajaan Campuran : DAP Berkuasa Penuh
Semua
pihak khususnya Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) diingatkan agar
tidak mudah terpengaruh dengan ‘permainan’ pembangkang yang kononnya
mahu membentuk kerajaan secara ‘jalan belakang’.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,
cara itu adalah dengan usaha mendapatkan sokongan beberapa wakil rakyat
UMNO dan BN untuk membentuk ‘Kerajaan Perpaduan’.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO menegaskan, untuk itu wakil-wakil
rakyat berkenaan perlu melihat kembali sejarah politik di Perak yang
pernah jatuh ke tangan pembangkang.
“Walaupun yang menjadi Menteri Besar adalah wakil rakyat Pas, DAP
dapat banyak kerusi. Pas tak ubah seperti kerbau dicucuk hidung.
“Di peringkat Parlimen, mereka (pembangkang) memerlukan sokongan 40
Ahli Parlimen BN untuk membentuk kerajaan sedemikian. Tetapi, apakah itu
kerajaan UMNO atau BN? Tetapi DAP yang akan berkuasa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Penampang di sini malam tadi.
Yang turut hadir, Ketua Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan
UMNO negeri, Datuk Seri Musa Aman dan Ketua UMNO Bahagian Penampang,
Datuk John Ambrose.
Ahmad Zahid menegaskan, pihaknya mengetahui ada pemimpin pembangkang
yang didekati untuk menandatangani akaun bersumpah supaya dapat
dibentuk kerajaan perpaduan itu.
“Dalam BN, UMNO pun kita tahu ada yang sokong kerana terpengaruh
isu-isu berbangkit. Perancangan ini ada dalangnya. Kita akan siasat
dalang ini.
“Musuh politik kita akan cuba pelbagai perkara supaya Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijatuhkan. Kita sebagai pemimpin
dan ahli BN, UMNO harus bersatu padu bahawa kerajaan yang ada perlu
didukung sepenuhnya,” tegasnya.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment