Monday, August 24, 2015

MT Putus Tangguh Pemilihan, Sultan Putus Siapa MB, Muktamad!!

bdfbe0a22d202807db710b3c4b6588a9
Adat berparti dan berpersatuan, bila dah ditetapkan siapa yang harus menjadi ketua atau entiti tertinggi, keputusan entiti tertinggi atau ketua tersebut haruslah dihormati dan dipatuhi.  Kalau taknak hormat, jangan berparti atau berpersatuan.

Perkara seumpama ini sudah berlaku di negara kita sejak sekian lama, apa yang nak dihairankan.  Malah bukan sahaja dalam berparti atau berpersatuan tapi juga dalam sistem kerajaan seperti soal perlantikan Menteri Besar.

Contohnya, kalau Sultan dah beri perkenan kepada individu A untuk jadi Menteri Besar, tidak bolehlah individu B yang sedang menjadi Menteri Besar meneruskan tugasnya lagi kerana Sultan dah perkenan individu A tadi jadi ketua kerajaan. Sekalipun Sultan tidak ada kuasa memecat Menteri Besar, tapi mana boleh terjadi satu negeri ada 2 Menteri Besar kan?

Maka individu B tadi harus berundur, tak bolehlah nak persoal keputusan Sultan (sekalipun dalam bentuk cadangan) kerana memang baginda ada kuasa dalam pelembagaan untuk melantik Menteri Besar.

Samalah halnya dalam hal pemilihan UMNO, Majlis Tertinggi (MT) selaku badan paling atas dalam parti itu, telah memutuskan bahawa pemilihan yang sepatutnya berlangsung tahun depan ditangguhkan bagi memberi peluang kepada parti untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi pilihanraya umum 14 (PRU14).  Pemimpin dan ahli parti yang tidak berada dalam MT, harus mematuhi ketetapan yang telah dibuat.

Tak bolehlah bila keputusan dah dibuat, ada lagi suara-suara yang ‘mencadangkan’ agar pemilihan itu tidak ditangguhkan, sebaliknya diteruskan.  Kalau macam itu, lebih baik tak payah ada MT. Lagipun keputusan itu memang disambut baik kerana niatnya nak kurangkan politiking dan utamakan rakyat sebelum menghadapi pilihanraya umum.

Ironinya, satu dikalangan beberapa individu yang cadang tu, dari segi rekodnya tak pernah menang apa-apa bentuk pemilihan besar sekalipun beberapa kali mencuba. Bertanding Ketua Pemuda dulu kalah, bertanding Naib Presiden pun kalah, Exco Pemuda saja 2004 dulu menang nombor satu, itupun pasal aura bapaknya, bukan aura dia.

Hebohnya (cadangan agar pemilihan diteruskan), macam dia menang semua pertandingan.

Maka tak hairan gesaan dari orang macam ini buat kita gelak tak henti.  Jelas ‘cadangan’ seumpama ini bukan untuk kepentingan parti tapi kepentingannya sendiri.  Malah cadangan ini digunakan oleh musuh-musuh parti untuk memberikan bayangan bahawa UMNO sedang berpecah belah, walhal kita ada 191 bahagian, 191 Ketua/Pemangku Ketua Bahagian, satu dua yang buat cadangan seumpama itu dah dikatakan UMNO ini parti yang nak retak.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment