Monday, August 24, 2015

#DEIG: Amalan “Luar Tabii” Menular Di Dalam Urustadbir Aset Rakyat Selangor

deig the edge 
Tatkala amalan songsang sudah sinonim dengan PKR, rasanya tiada siapa terduga, dan tiada siapa menduga, bahawa kesongsangan tersebut juga turut menyelusup ke dalam cara kerajaan PKR negeri Selangor mengurus tadbir.

Darul Ehsan Investment Group, syarikat “ajaib” dibawah Azmin Ali, telah mencetuskan kebimbangan rakyat Selangor tentang harta milik negeri yang didakwa berjumlah kira-kira RM30 billion.

RM2, itulah nilai “saham” syarikat, yang kemudiannya dinafikan oleh pejabat MB Selangor, yang mengeluarkan kenyataan bahawa modal berbayar RM10 juta, walhal RM10 juta itu adalah modal yang dibenarkan (authorized capital). Cubaan untuk menipu rakyat telah gagal, dan mereka terpaksa mengakui bahawa modal berbayar mereka kekal di angka RM2 berdasarkan carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Dakwaan mereka bahawa DEIG bernaung dibawah Menteri Besar Incorporated juga adalah satu penipuan, apabila rekod di Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan sebaliknya.

Penulis difahamkan DEIG telah didaftarkan pada Jun 2015 dan membayar zakat pada Julai 2015. Di mana logik akan perlakuan tersebut? Amalan lazim bagi pembayaran zakat ialah tempoh 1 tahun terkumpul sebelum kewajiban pembayaran dilakukan. Sungguhpun tiada larangan untuk membayarnya pada usia syarikat baru mencecah 1 bulan, namun tindakan DEIG sangat diluar tabii.

Apatah lagi, terdapat laporan polis oleh Angkatan Rakyat Sedar (ARAS) yang mendakwa zakat tersebut dibayar melalui jentera politik dan melibatkan ketua-ketua cabang PKR. Ingin penulis bertanya, apakah ini salah satu cara untuk memindahkan dana politik ke pihak-pihak tertentu? DEIG perlu mengemukakan nama-nama penerima zakat tersebut. Yang paling penting, nama-nama tersebut mestilah berstatus asnaf.

Apa pula relevannya, sebuah anak syarikat negeri Selangor, menyalurkan zakat ke Pahang?

Terdapat laporan akhbar bahawa sebanyak RM157,000 disalurkan ke Pahang. Hakikatnya, masih ramai lagi rakyat Selangor yang layak serta memerlukan bantuan di Selangor, sekaligus mengotakan kata-kata pimpinan Pakatan Rakyat bahawa hasil negeri dikembalikan kepada anak negeri. Apa muslihat Azmin sebenarnya?

DEIG didaftarkan pada Jun 2015.

DEIG mengeluarkan zakat pada Julai 2015.

Azmin berkata, sewaktu sidang DUN minggu lalu, bahawa DEIG dijangka akan mula beroperasi pada 2016.

Namun, “printscreen” diatas, bukankah ianya bermaksud DEIG sudah mula beroperasi? Bersangka baik, mungkin individu-individu yang dilantik masuk oleh Azmin ke DEIG bekerja secara sukarela tanpa sebarang imbuhan, demi negeri Selangor tercinta seperti mana Azmin mencintai negeri itu sepenuh hati.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment