Monday, August 17, 2015

Dengki Dan Legasi Jadi Punca Mahathir MENIPU..

Sekarang baru terjawab kenapa marah benar Mahathir kepada Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Presiden UMNO didalam isu dana politik. Rupa-rupanya, ia adalah berkaitan derma dari negara Arab dan juga legasi politik keluarga.

Didalam satu kenyataan kepada akhbar, Mahathir cuba menipu rakyat Malaysia apabila mengatakan dia tak dapat satu dollar pun dari dunia arab ketika menjadi Perdana Menteri. Mahathir juga dakwa negara Arab tak pernah menyumbangkan derma untuk UIAM ataupun Pusat Islam.

Tetapi segala cubaan Mahathir untuk menipu rakyat negara ini ternyata tidak direstui Allah SWT apabila segalanya dibongkarkan oleh bekas Pensyarah UIAM sendiri dan juga beberapa individu lain.

Bukan sahaja negara Arab, tetapi Mahathir sebenarnya banyak mendapat derma dari negara-negara lain seperti Indonesia serta banyak negara didalam OIC bagi pembinaan UIAM pada awal tahun 80-an.

Jadi mengapa Mahathir berbohong? Adakah Mahathir menganggap rakyat Malaysia semakin bodoh didalam berpolitik atau Mahathir menganggap semua rakyat Malaysia bencikan Perdana Menteri sehingga sanggup terima semua penipuan tanpa sebarang pertimbangan?

Apakah Mahathir dengki serta cemburu dengan kejayaan Perdana Menteri Malaysia yang mempunyai hubungan sangat baik dengan negara Arab? Mungkin Mahathir tak senang kerana Perdana Menteri yang sedia ada sekarang ini lebih hebat dari ketika beliau memerintah negara.

Ataupun.., apakah Mahathir takut Perdana Menteri sekarang ini akan memerintah lebih lama dari beliau dan membawa Malaysia lebih maju dari zaman pemerintahannya? Dan mungkin juga Mahathir beranggapan bahawa, jika Najib kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri, maka habislah harapannya untuk memastikan legasinya memegang tampuk pemerintahan Malaysia.

Jadi.., jika difikirkan dengan tingkah laku Mukhriz yang seolah-olah tak kisah Perdana Menteri diserang dan didesak supaya meletakkan jawatan, teori Mahathir mahu meneruskan legasinya sebagai pemerintah Putrajaya adalah tidak mustahil.

Mukhriz gagal didalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda UMNO menentang KJ dan Khir Toyo satu ketika dulu kerana faktor kepimpinan.. Mukhriz juga dikatakan gagal didalam mentadbir kementerian sewaktu diberikan jawatan Timbalan Menteri MITI juga atas sebab tak mahir berpolitik.

Kini anak kepada mantan Perdana Menteri itu sedang menjawat jawatan Menteri Besar di Kedah. Adakah Mukhriz hebat didalam mentadbir negeri dan juga disayangi oleh semua barisan kepimpinan beliau? Hanya Mahathir sahaja yang tahu sejauh mana kemampuan Mukhriz berpolitik. Sebab itulah kini beliau sibuk "membuka jalan" untuk anaknya ke Putrajaya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment