Monday, August 17, 2015
Pemuda UMNO Tampin Dapat Restu KJ Untuk Desak Perdana Menteri Letak Jawatan?
Agak mengejutkan apabila Pemuda UMNO Tampin mengusulkan supaya Perdana
Menteri Malaysia meletakkan jawatan didalam negara serta parti didalam
Mesyuarat Perwakilan Pemuda tempohari.
Menurut Ketua Pemuda cawangan yang membawa usul tersebut semalam,
Perdana Menteri didesak agar meletakkan jawatan kerana kononnya mahu
keyakinan orang melayu terhadap UMNO kembali pulih. Malangnya, benarkah
orang melayu tak yakin kepada Perdana Menteri Malaysia?
Benarkah juga ahli-ahli UMNO yang berjumlah lebih 3 juta orang itu sudah
hilang keyakinan pada Presiden parti? Mungkin Pemuda UMNO Tampin ini
bermimpi disiang hari atau pun mengigau akibat tersampuk jembalang yang
dibela oleh pembangkang.
Jika dikatakan orang melayu sudah hilang keyakinan kepada Perdana
Menteri Malaysia, bolehkah Pemuda UMNO Tampin tunjukkan bukti seperti
yang didakwa? Jika betul ahli-ahli UMNO sudah hilang kepercayaan kepada
Presidennya sendiri, mengapakah hanya segelintir saja ahli UMNO seperti
Pemuda Tampin yang meroyan didalam mesyuarat perwakilan?
Apakah Pemuda UMNO Tampin sudah dihasut agar "menderhaka" kepada
Presiden sendiri demi sesuatu imbuhan? Ataupun mungkinkah tindakan
Pemuda UMNO Tampin mendapat restu serta keizinan dari Ketua Pemuda UMNO
sendiri yang juga datang dari Negeri Sembilan?
Agak menghairankan, takkanlah Ketua Pemuda UMNO sendiri tak tahu
mengenai gerakan "menggulingkan" Presiden parti oleh Pemuda UMNO Tampin
ini? Bukankah mereka-mereka itu datang dari negeri yang sama dan juga
berkongsi pentas Pemuda yang sama?
Lagipun, selalunya usul dari Pemuda haruslah mendapat restu dari Ketua
Pemuda sendiri.. Jadi disini sudah nampak seakan-akan Khairy Jamaluddin
merestui tindakan orang-orangnya untuk menggulingkan Presiden parti
dengan cara samseng.
Ini semua membuktikan kebenaran kata-kata Timbalan Perdana Menteri yang
mengatakan ada konspirasi yang mahu menjatuhkan kepimpinan kerajaan oleh
orang UMNO sendiri. Adakah KJ terlibat didalam konspirasi yang
disebutkan oleh DS Zahid Hamidi?
Kalau dilihat dari permainan politik gampang oleh sayap-sayap UMNO,
memang tak salah bahawa Ketua-Ketua sayap UMNO sekarang cuba untuk
"menyembelih" kepala parti mereka sendiri. Atas sebab apa?? Hanya wang
dan kuasa sahaja mampu membuatkan mereka menjadi derhaka dan gila.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment