Monday, August 17, 2015
Mat Said Berangan Mahu Jadi NINJA TURTLE...
Melucukan apabila difikirkan dengan tindakan Bekas Menteri Besar
Terengganu yang sibuk bersumpah menyatakan beliau tak salah dan dipaksa
meletakkan jawatan MB nya sebelum ini. Kata Mat Said, 1MDB menjadi punca
penyebab dia dipaksa melepaskan jawatan.
Punyalah terdesak mahu rakyat percaya pada cakapnya, Mat Said mengaku
berani bersumpah bahawa 1MDB telah melakukan penyelewengan didalam soal
telaga minyak. Walhal, satu negara sudah tahu bahawa Mat Said melepaskan
jawatan MB Terengganu disebabkan prestasi buruk UMNO/BN di negeri
berkenaan didalam Pilihanraya Umum lalu.
Ramai juga mengetahui bahawa ada perjanjian diantara Mat Said dan
pemimpin utama parti yang mensyaratkan, Mat Said hanya jadi MB selama
satu penggal. Mat Said bersetuju tetapi, selepas tamatnya tempoh
perjanjian, si penyu ni berkeras tak mahu melepaskan jawatan.
Sampai terpaksa pihak istana campur tangan kerana kedegilan Mat Said
yang mungkin mula terasa syok duduk di kerusi MB negeri tersebut. Maka
selepas itulah Mat Said digantikan dengan Ahmad Razif sehinggalah
sekarang.
Hari ini selepas beberapa lama bergentayangan seperti Hantu Raya mencari
Tuan, Mat Said menjumpai kekuatan baru apabila Tun Mahathir menyerang
kepimpinan Perdana Menteri bagi membuka laluan kepada "legasinya" naik
menerajui Putrajaya.
Sudah tentu 1MDB yang menjadi modal peluru untuk mereka kerana rakyat
Malaysia bukannya faham sangat tentang perniagaan khususnya orang
melayu. Disinilah Mat Said cuba menjadi Ninja Turtle kononnya untuk
menyelamatkan Malaysia.
Sebab itu juga lah Mat Said beria-ia mahu rakyat percaya akan sumpahnya
tanpa peduli sentimen rakyat Malaysia tentang sumpah menyumpah ini. Jika
betullah rakyat Malaysia percaya pada sumpah, Sudah lama Najib boleh
tidur lena kerana bersumpah didalam masjid bagi menafikan kenal dengan
Altantuya Saaribu.
Saiful Bukhari Azlan juga tak payah menunggu bertahun-tahun mengharapkan
peliwatnya dikenakan tindakan apabila bersumpah dihadapan Quran dan
didalam Masjid.
Jadi apa yang Mat Said harapkan apabila bersumpah kononnya 1MDB
melakukan penyelewengan? Kenapa Mat Said tak berani buat laporan Polis
dan membawa segala bukti ke pejabat SPRM supaya Perdana Menteri Malaysia
dan 1MDB dapat dikenakan tindakan sewajarnya?
Setakat mahu bersumpah, siapa saja boleh buat sedemikian bagi menuduh
pihak-pihak yang tertentu. Kalau betul Mat Said ada bukti, sila dedahkan
agar semua rakyat Malaysia tahu. Jangan hanya pandai sembang kencang
dan perasan mahu jadi Ninja Turtle, takut-takut nanti akhirnya sekadar
jadi penyu menangis akibat telur sendiri dicuri orang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment