Monday, August 17, 2015
Anwar Sudah Nyawa-Nyawa Ikan Di Dalam Penjara.. Kesiannnn
Siapa tak kenal Anwar Ibrahim? Raja Drama dan juga digelar manusia
anugerah Tuhan oleh isteri dan pengikut-pengikutnya sendiri kerana
terlampau taksub dengan kemampuan Anwar memutarbelitkan kenyataan dan
kepandaian Anwar meraih simpati.
Kini rakyat Malaysia boleh melihat sekali lagi kepandaian Anwar main
wayang dari penjara Sg Buloh. Suatu masa dulu, Anwar pernah dinobatkan
pelakon terbaik di penjara ini dengan lakonannya yang seakan-akan hampir
mati kononnya kerana buatan orang.
Anwar selepas beberapa lama dipenjara ini, mengaku kepada media bahawa
badannya kurus akibat dari "makan hati" didalam penjara. Makan hati
bermaksud berasa sedih yang teramat sangat hingga merosakkan diri
sendiri. Apa lah agaknya yang disedihkan oleh Anwar didalam penjara tu?
Mungkin Anwar sedih kerana cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri
tidak tercapai.. Mungkin juga Anwar sedih kerana rakyat Malaysia semakin
melupakan dirinya yang terkurung didalam penjara akibat perbuatan
liwat.
Masih ingatkah sebelum ini, Anwar juga pernah kurus kering didalam
penjara. Tapi Anwar kurus ketika itu bukannya kerana makan hati,
sebaliknya Anwar kurus kononnya kerana kena buatan orang yang sengaja
meracuni beliau.
Ketika itu, meroyanlah penyokong-penyokong Anwar menuduh kerajaan
Malaysia zalim kerana cuba membunuh Anwar. Dan merataplah para pemuja
Anwar ketika itu kerana idola mereka akan mati tidak lama lagi akibat
racun arsenik serta HIV yang disuntik kedalam badannya.
Pelik bin ajaib, Anwar masih hidup selepas bertahun-tahun dibebaskan
dari penjara sehinggalah dia dimasukkan semula ke "istana hinggapnya"
itu baru-baru ini. Liat betul nyawa Anwar umpama hero cerita Tamil. Kena
Arsenik dan HIV pun masih belum mati lagi!
Nampak tak permainan politik Anwar? Semua ini hanyalah wayang murahan
Anwar untuk meraih simpati rakyat Malaysia yang mudah terpedaya dengan
cerita dongeng pembangkang.
Sebab itulah Anwar digelar pemimpin Anugerah Tuhan oleh Wan Azizah. Mana
ada individu macam Anwar yang begitu gigih main wayang walaupun
berkali-kali kantoi. Mungkin bagi Anwar, selagi ada "penonton" yang
percaya, selagi itulah dia akan main wayang..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment