Monday, August 17, 2015
Teressa Kok Meroyan Kata Dirinya DI ANIAYA.. Boleh Percaya Ke?
Kelmarin heboh didalam media sosial berkenaan satu status yang
dimuatnaik oleh Ahli Parlimen DAP, Teressa Kok yang mengatakan bahawa
perompak, penculik dan perogol di Malaysia adalah terdiri dari orang
melayu.
Tetapi hari ini Teressa Kok menafikan dia memuatnaik status berkenaan
dan mendakwa akaun sosial Twitternya digunakan oleh seseorang bagi
memuatnaik status berkenaan. Dalam bahasa mudah, Teressa Kok cuba
memberitahu rakyat Malaysia bahawa ada orang yang cuba menganiaya
beliau.
Hairannya, kenapa asyik wakil DAP ni sahaja yang kena aniaya? Masih ada
ramai lagi Ahli Parlimen DAP yang boleh dianiayai tetapi akhirnya
Teressa Kok juga yang jadi pilihan tukang aniaya tersebut. Agak pelik
bin ajaib disitu apabila si kiasu ini sahaja menjadi sasaran.
Dahulu, Teressa Kok mendakwa dia diugut oleh orang yang tidak dikenali
dengan meletakkan bangkai ayam serta menyimbah cat di tangga pejabat
beliau.
Malang bagi Teressa Kok, ugutan bangkai ayam dan juga cat merah tersebut
terkantoi sendiri apabila siasatan mendapati tiada langsung titisan cat
di luar pagar pejabatnya dan darah dari bangkai ayam tersebut juga
hanya terdapat didalam kawasan tangga berkenaan.
Itu menunjukkan bahawa perbuatan berkenaan dilakukan oleh orang dalam sendiri dan bukannya oleh orang diluar pejabat berkenaan.
Begitu juga dengan perangai Teressa Kok yang selalu memainkan sentimen
perkauman dan keagamaan sehingga pernah ditahan dibawah I.S.A atas
dakwaan menghasut rakyat membenci agama Islam.
Malah, setiap tahun Teressa Kok memuat naik video-video yang bersifat
perkauman dilaman Youtube bagi menunjukkan rasa "bencinya" terhadap
pemimpin melayu didalam negara.
Ini semua membuktikan bahawa Teressa Kok sememangnya mempunyai perasaan
perkauman yang tebal khususnya didalam perjalanan politik DAP. Jadi..,
adakah status Twitter berkenaan mustahil dilakukan oleh beliau?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment