Monday, August 17, 2015

Ahmad Maslan Kena Boo Di Pontian.. Rupanya Kerja Orang-Orang Muhyiddin...

Nampaknya kemelut jiwa bekas Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin semakin membarah apabila secara berterusan mengelirukan pemikiran ahli-ahli Umno khususnya di Johor. Muhyiddin yang sebelum ini berikrar dihadapan media bahawa akan terus berjuang untuk parti, rupanya hanya sandiwara.

Walaupun sudah banyak penjelasan yang dibuat dan banyak persoalan sudah dijawab secara umum ataupun ekslusif, Muhyiddin dilihat masih sengaja menghasut ahli-ahli Umno agar berbelah bagi kepercayaan terhadap Presiden parti.

Petang tadi, sewaktu merasmikan mesyuarat Umno bahagian Pontian, Muhyiddin sengaja melakukan provokasi terhadap Timbalan Ketua Bahagian yang juga Menteri kabinet, Ahmad Maslan. Mungkin Muhyiddin berasa puas apabila mendengar Menteri melayu tersebut di Boo oleh orang ramai.

Muhyiddin juga mungkin berasa sangat seronok apabila media pembangkang menjadikan cerita pemimpin Umno kena Boo sebagai tajuk utama media mereka untuk disebarkan ke seluruh negara. Inikah perjuangan yang Muhyiddin banggakan untuk parti Umno?

Malang bagi Muhyiddin, perancangannya untuk membuat persepsi bahawa ahli-ahli Umno Pontian menolak Ahmad Maslan kantoi juga akhirnya.

Ahli-ahli Umno di Pontian sendiri mendedahkan bahawa suara-suara Boo didalam dewan mesyuarat tersebut dilakukan oleh orang-orang Muhyiddin yang datang bersamanya dari Pagoh. "Tentera Upahan" Muhyiddin tersebut sengaja dibawa untuk menunjukkan Muhyiddin disayangi oleh rakyat dan juga untuk memalukan Ahmad Maslan.

Inilah permainan politik jijik yang sedang dilakukan untuk menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri Malaysia. Seperti yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri DS Ahmad Zahid Hamidi semalam, memang ada komplot dari pemimpin Umno sendiri yang mahu menggulingkan kerajaan Malaysia.

Semuanya sudah menjadi gila kuasa hanya untuk menguasai Dana politik serta tampuk pemerintahan Malaysia yang kukuh dibawah pentadbiran Umno. Mereka-mereka ini menjadi semakin gila apabila ada pihak-pihak belakang tabir menjanjikan pelbagai imbuhan untuk menjatuhkan kerajaan.

Muhyiddin, Khairy, Shafie, Mukhriz dan bapanya kini semakin giat mengadu domba seluruh rakyat Malaysia menerusi media-media pembangkang diatas alasan mahu memperjuangkan parti Melayu Umno. Hanya orang waras sahaja yang nampak strategi politik jahat mereka-mereka ini.

Kita tunggu dan lihat, apakah Allah redha Perdana Menteri Malaysia dijatuhkan dengan cara begini, ataupun Tuhan sikit hari lagi akan tunjukkan siapa mereka-mereka yang sebenarnya perngkhianat bangsa melayu!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment