Monday, August 17, 2015
Rombakan Menteri Besar Di Beberapa Negeri Dalam Waktu Terdekat?
Terdapat khabar angin yang tersebar dibeberapa laman sosial, bahawa akan
ada pertukaran beberapa jawatan Menteri Besar di beberapa negeri dalam
waktu terdekat.
Menurut sumber, pertukaran tersebut dibuat bagi memperkuatkan Umno/BN di
negeri-negeri berkenaan dan juga untuk mengukuhkan sokongan ahli-ahli
Umno/BN serta rakyat kepada kepimpinan kerajaan.
Tak dapat dipastikan jumlah sebenar yang terlibat, tetapi antara yang
bakal dirombak katanya adalah Menteri Besar di beberapa negeri di utara
tanahair serta di selatan semenanjung.
Jika dilihat dari keadaan politik semasa, Umno kelihatan agak bergolak
dengan kemelut dalaman sehingga ada usul dibuat didalam mesyuarat
bahagian supaya Presiden Umno meletakkan jawatan.
Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri pula mendedahkan terdapat komplot
dari pemimpin Umno sendiri bersama pembangkang untuk menggulingkan
kerajaan melalui pintu belakang.
Mungkin ekoran dari beberapa tindakan tersebut, rombakan didalam
pentadbiran kerajaan difikirkan sesuai dilakukan oleh Perdana Menteri
Malaysia bagi menjamin pemerintahan yang stabil dan keadaan negara yang
lebih tenteram.
Untuk makluman, pertukaran jawatan untuk Menteri Besar disesebuah negeri
adalah hak preogratif Perdana Menteri Malaysia dan ianya akan
dilaksanakan setelah mendapat persetujuan Sultan serta restu DYMM Agong.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment