Monday, August 17, 2015
Ini Amaran Zahid Kepada Pembelot Dalam UMNO
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini
memberi amaran kepada mana-mana pemimpin Umno yang ingin bekerjasama
dengan pemimpin pembangkang didalam cubaan menggulingkan kerajaan.
Zahid juga menegaskan bahawa pemimpin Umno tersebut perlu melangkah
mayat ahli Umno terlebih dahulu jika niat mereka mahu mengkhianati
Presiden parti.
"Langkah mayat ahli-ahli Umno kalau nak tukar kerajaan dan Perdana Menteri guna jalan belakang," tegas Zahid.
Zahid berkata, beliau akan mencari jalan agar pemimpin Umno tidak
berkomplot untuk menggulingkan kerajaan bersama pemimpin pembangkang.
Katanya, beliau akan memastikan tiada satu pun wakil rakyat komponen
Barisan Nasional (BN) tidak kira ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) menyertai komplot tersebut.
"Susah-susah adakan pilihan raya, kita menang majoriti walau tidak dua
pertiga. Bila kapal bergoyang, ombak melanda, ada yang nak korek kapal,
bagi air laut masuk dalam kapal.
"Kita akan cari jalan tidak akan berlaku lompat parti, ahli Parlimen dan
Adun kita. Sebelum nasi menjadi bubur, saya sebagai naib presiden, saya
akan pastikan konspirasi itu tidak akan terjadi," katanya.
Zahid yang menyentuh mengenai maklumat mengenai surat Aku Janji
menjatuhkan Najib berkata, beliau sudah mendapat maklumat yang sahih
mengenai surat tersebut dan didapati terdapat beberapa pemimpin BN telah
menandatangani surat terbabit.
Beliau bagaimanapun berkata, tidak akan mendedahkan nama pemimpin tersebut.
"Surat sumpah akaun janji itu disiapkan untuk ditandatangani bukan
sahaja 87 ahli Parlimen pembangkang, tapi 1 BN dan mereka sasarkan 37
lagi ahli Parlimen BN untuk bersama mereka.
"Saya tidak menamakan sesiapa, Alhamdulillah kalau penafian dilakukan mana-mana tokoh," jelasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment