Monday, August 24, 2015
Desakan Wakil Rakyat PAS Letak Jawatan Jejas Peluang Bertanding Dalam PRU - Phahrolrazi
SHAH ALAM : Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mempersoalkan
apakah jaminan PAS sekiranya semua wakil rakyat yang mahu menyertai
parti Gerakan Harapan Baru (GHB) meletakkan jawatan secara sukarela.
Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata ini ekoran sekiranya
mereka meletakkan jawatan secara sukarela, kesemua mereka bakal didenda
sekaligus tidak membenarkan untuk bertanding dalam tempoh 5 tahun akan
datang.
"Seorang calon yang letak jawatan, dia itu akan hilang kelayakan untuk bertanding, itu hendak buat macam mana yang itu?
"Bila dia letak jawatan secara sukarela ertinya dia tidak boleh masuk
dalam pilihan raya dalam tempoh lima tahun. Jadi ini sudah menghalang
dia daripada masuki pilihan raya, ini masalah hak dia pula," katanya
kepada Antarapos.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang yang mendesak supaya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya
umum 2013 atas tiket PAS perlu mengosongkan kerusi jika mereka menyertai
parti baru yang dirancang kumpulan serpihan Gerakan Harapan Baru (GHB).
Abdul Hadi berkata mereka yang menyertai Parti Amanah Rakyat yang
dijangka dilancarkan pada hari Merdeka, perlu meletak jawatan sebagai
wakil rakyat kerana melanggar sumpah bai'ah kepada parti Islam itu.
Bagaimanapun desakan Presiden PAS itu disambut hambar oleh Phahrolrazi
yang juga merupakan ADUN Pengkalan Kundor yang memenangi DUN tersebut
atas tiket PAS.
"Saya lihat setakat ini isu lompat parti atau tukar parti mana ada pihak atau sejarah yang letak jawatan, tiada kan?
"Sebab dalam isu perpindahan seorang wakil rakyat ke parti lain, sebab
dia menang dalam pilihan raya atas nama individu atas nama dia cuma
dibenarkan guna lambang parti berkenaan, itu surat parti itu, jadi dari
segi peruntukkan undang-undang, belum ada lagi dan tiada yang mesti
letak jawatan itu," katanya.
Menurut undang-undang sedia ada, baik Perlembagaan Persekutuan mahupun
perlembagaan negeri, seseorang wakil rakyat iaitu anggota Dewan Rakyat
(persekutuan) dan anggota Dewan Undangan Negeri (perlembagaan negeri),
akan hilang kelayakan menjadi anggota dewan yang berkenaan selama lima
tahun, bermula tarikh peletakan jawatannya.
Sehubungan itu, Phahrolrazi meminta supaya Abdul Hadi berani membuat
satu keputusan yang tegas untuk memecat kesemua wakil rakyat PAS yang
enggan lagi bersama parti Islam itu.
"Dia sebenarnya patutnya mereka-mereka yang dia tidak bersetuju, dia boleh pecat...
"Dia sudah buat satu keputusan, siapa yang terlibat dengan program
PasMa, GHB, mereka ini sudah melanggar arahan, tindakan disiplin boleh
diambil terhadap mereka ini.
"Tetapi dia sudah buat kenyataan banyak kali terutamnya yang saya ingat
dia buat kenyataan suruh keluar siapa yang sudah tubuh parti lain, macam
saya terkena sendiri.
"Dulu masa saya Presiden PasMa, dia juga yang suruh keluar, jadi dia
sudah minta mereka ini keluar, sekarang ini apabila dia nampak macam
itu, dia hendak buat kenyataan macam itu pula, dia juga yang sebelum ini
suruh keluar," katanya.
Beliau dalam pada itu menyifatkan Abdul Hadi seringkali 'keliru' dengan pendiriannya sebagai ketua parti itu.
"Dia (Hadi) sendiri 'confuse' kenyataan dia itu banyak bercanggah dan
juga antara kenyataan pimpinan tertinggi PAS pun selalunya banyak
bercanggah.
"Sorang pun bercanggah sesama sendiri, kenyataan sendiri pun berlaku percanggahan," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment