Monday, August 17, 2015

Dulu KJ Kena Boo Juga, Tengoklah Dia Hari Ini Macam Mana

ahmad maslan
EDITOR MENULIS...
16 OGOS 2015

Difahamkan Datuk Ahmad Maslan di boo oleh perwakilan UMNO Bahagian Pontian hari ini (semalam), lapor sebuah portal pro pembangkang. Maklumat saya pelbagai,  dari 10, 8 cenderung mengatakan perkara itu tidak berlaku, bukan perwakilan tapi provokator luar entah datang dari mana.

Tapi dalam kegilaan membaca tajuk sahaja di Malaysia hari ini, saya insaf bahawa hanya membuang masa sahaja menjelaskan dengan orang yang nak percaya apa yang dia mahu percaya – pedulilah fakta sebenarnya macam mana.

Jadi kita ambik lah betul Ahmad Maslan kena boo,  cuma persoalannya disini ialah apa masalahnya?  Adakah di boo itu tanda siapa yang kena dibenci dan masa depan dalam politik gelap?  Parti lain saya tak tahu tapi dalam UMNO, itu bukan masalah.

Sejarah dah ada.

Ingatkah lagi kita dalam pemilihan 2009 bila Ketua Pemuda UMNO sekarang bukan setakat di Boo tapi digelar sebagai perasuah oleh perwakilan di PWTC. Terjerit-jerit orang dalam dewan menghinakan dia.  Ada video dan sebagainya kalau datang pulak lembu mana menafikan perkara itu pernah berlaku.

Hari ini lihatlah Ketua Pemuda berkenaan macam mana.  Setelah dua penggal jadi ketua pergerakan itu, orang lupa dah cerita kena booo dan dituduh rasuah dulu.  Malah kelihatannya dia makin kuat dan sokongan pun meningkat.  Barisan Exco yang dia ada hari ini lebih sanggup ke depan mempertahankan dia dari mempertahankan Presiden parti pun, tak dahsyat ke tu?

Jadi, kena booo atau tidak itu bukan isu kepada Ahmad Maslan bila bercakap dalam konteks UMNO hari ini.  Budak-budak kalau nak mengatakan itu petanda Ahmad Maslan dibenci dan gerakan nak menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak ini sedang menguat, balik belajar buku sejarah lagi.

Belum lagi kita imbau pelbagai gelaran yang didedikasikan kepada Tun M ketika dia buat keputusan pecat Anwar dulu. Tidaklah kena Boo tapi bertan-tan juga sumpah seranah dan maki hamun. Separuh darinya tak percaya Anwar ni peliwat,  manakala separuh lagi percaya tapi marah kerana Mahathir baru pecat 1998 sedangkan dah tahu Anwar asal dari spesis dilaknat Tuhan itu sejak 1993 lagi.

Hari ini, sudah ada kultus yang menyokong apa jua keluar dari mulut Tun M sekalipun sudah terbukti banyak sampah dari fakta.  Siapa pun tak ingat segala kutukan, cacian, sindiran dan cap cap tidak baik yang pernah ditepek pada nama Mahathir Mohammad ini dulu, mahafiraunlah, mahazalimlah dan sebagainya.

Justeru, saya nak katakan kepada Ahmad Maslan, usah gentar dengan dugaan yang sedemikian  (kalau pun ia benar berlaku) kerana politik UMNO memang macam itulah.

Sekejap ditendang, sekejap karang dijulang.

Fikir-fikirkanlah... itu hanya sekadar pandangan...

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment