Monday, August 17, 2015

Sarawak Report, Jika Tidak Bersalah Kenapa Bersembunyi?

Pada 4 Ogos yang lalu Polis Malaysia telah memperolehi waran tangkap ke atas pemilik dan pengasas SarawakReport.org, Clare Rewcastle-Brown, dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi tujuan siasatan kerana menerbitkan laporan dan kenyataan palsu. 

Malangnya, sehingga hari ini Clare tidak pernah tampil berjumpa Polis bagi membolehkan siasatan dilakukan. Malah beliau mengecam penyiasatan Polis Malaysia dan menganggap ia memalukan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Claire_Rewcastle_Brown 
“I am merely an investigative journalist who has been doing my job, “It’s as simple as that – no plot and no vested interest. The interest of the public is my motivation and duty,” kata Clare dalam satu kenyataan di lamannya. 

Untuk rekod, waran tangkap ini hanya diminta oleh pihak Polis setelah siasatan Polis Thailand mendapati sebahagian besar dokumen milik Xavier Andre Justo yang digunakan oleh laman terbabit telah diubah suai.

Sekiranya Clare berpendapat bahawa beliau tidak bersalah, tidak menerbitkan apa-apa dokumen palsu dan merancang apa-apa yang bersalahan dengan undang-undang Malaysia, mengapa beliau perlu takut berhadapan dengan siasatan Polis?

Beliau hanya perlu menyerah diri untuk siasatan dan berhadapan dengan undang-undang negara ini jika ada kes ke atas dirinya. 

Mahkamah Malaysia bukan sebuah “kangaroo court” pihak berkuasa atau orang tertentu yang bebas menentukan siapa yang bersalah. Jika pun wujud persepsi sedemikian, perbicaraan Clare hampir mustahil dimanipulasi atau dihakimi secara semberono kerana ia akan diperhati dengan teliti oleh United Kiingdom sendiri.

Perbicaraan membabitkan Clare (jika ada pertuduhan) yang merupakan seorang wartawan dan warganegara United Kingdom, pasti akan mendapat liputan dan perhatian meluas diperingkat antarabangsa. Setiap pertuduhan, bukti dan keputusan akan dianalisis dan dipantau oleh negara luar terutamanya United Kingdom sendiri. 

Justeru tindakan Clare mengelak dari siasatan pihak berkuasa Malaysia mengesahkan sebahagian besar laporan dalam SarawakReport adalah pembohongan dan pemalsuan fakta bertujuan menggugatkan kestabilan politik dan ekonomi negara ini.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment