Monday, August 17, 2015

Kerajaan Dap P.Pinang Lebih Utamakan Buat Trem Berbilion Ringgit Dari Bina Rumah Rakyat

17 Ogos 2015, Bayan Baru : Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Noor Aeiza Hassan berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang harus melulus dan melaksanakan dahulu pembinaan rumah mampu milik sebelum ghairah mahu melaksanakan pelbagai projek berbilion  ringgit.
http://stopthelies.my/wp-content/uploads/2012/02/sulkyface.jpg
Beliau berkata demikian mengulas pengumuman yang dibuat oleh Ketua Menteri negeri itu, Lim Guan Eng baru-baru ini berkaitan sebuah syarikat yang telah dipilih bagi melaksanakan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM27 bilion untuk pembinaan trem.

“Dulu kerajaan negeri pernah beri alasan takde tanah untuk bina rumah mampu milik. Jadi untuk bina trem lagi la tak cukup tanah. Sebab untuk membina trem akan menggunakan kawasan yang luas untuk landasan dan juga parkir kereta.

“Tanah yang ada adalah lebih baik bina rumah mampu milik kerana ia lebih memberi manfaat kepada rakyat,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Aeiza yang juga merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Bayan Baru, negeri Pulau Pinang ini sudah cukup padat dan amatlah tidak bersesuaian sekiranya pembinaan trem hendak dilaksanakan.

Seharusnya sebagai kerajaan negeri yang telah diberi mandat oleh rakyat, Dap harusnya tahu apa yang lebih penting kepada rakyat masa kini.

“Janganlah sebab ghairah berpolitik maka keperluan rakyat diabaikan. Rakyat mahukan rumah bukannya trem.

“Kelulusan untuk permohonan pelan projek pembinaan kira-kira 10,000 unit rumah termasuk 6,000 unit rumah mampu milik oleh agensi kerajaan pusatpun masih tidak diberi.

“Macam sengaja dilambat-lambatkan. Tetapi kalau projek yang mendatangkan keuntungan kepada Dap, cepat pula mereka luluskan,” tambahnya.

Beliau turut mendesak agar Kerajaan Pulau Pinang lebih prihatin terhadap kebajikan rakyat daripada rakus mencari keuntungan untuk kepentingan diri sendiri.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment