Monday, August 17, 2015

Ahli UMNO Usah Terperangkap Sentimen ‘Bencikan Pemimpin’ Didalangi Pembangkang

17 Ogos 2015, Kuala Lumpur : Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan ahli-ahli UMNO agar tidak terperangkap dengan sentimen ‘bencikan pemimpin’ yang didakwanya sedang giat dilakukan oleh pembangkang menerusi laman sosial.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, pihak pembangkang termasuk kumpulan anti-kerajaan sengaja memanaskan kedaaan agar timbul kebencian rakyat terhadap kerajaan khususnya UMNO.

“Musuh-musuh politik UMNO akan melakukan pelbagai strategi termasuk memainkan sentimen kebencian terhadap pemimpin sama ada diperingkat kepartian dan kerajaan,” tegasnya dalam entri di umnobahagiancheras.blogspot.com.
PUTRAJAYA, 28 Julai -- GABUNGAN BAHARU... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) bersalaman bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) selepas sidang media bagi mengumumkan rombakan Kabinet di pejabatnya hari ini.  Ahmad Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri baharu bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang digugurkan dari Kabinet. --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA
“Mereka cuba laga-lagakan sesama pemimpin UMNO dengan memanipulasikan beberapa isu.
Oleh sebab itu katanya, apa sahaja kenyataan dikeluarkan oleh pemimpin UMNO pasti akan menerima kecaman bertali arus menerusi laman-laman sosial.

Menyifatkan perkembangan tersebut amat mendukacitakan, Syed Ali mengingatkan ada musuh-musuh yang bertungkus lumus mahu UMNO dihancurkan.

Tambah beliau, ahli-ahli UMNO terutama di peringkat akar umbi perlu berhati-hati supaya tidak mudah mempercaya apa sahaja sogokkan berita menerusi laman-laman sosial.

“Kita kena tengok, tapis dan fikirkan secara matang, adakalanya sengaja dilakukan pihak tertentu supaya timbul kebencian melulu kepada pemimpin,” ujarnya.

Beliau sekali lagi menjelaskan, krisis kepimpinan bukan kali pertama berlaku dalam UMNO.
“Bagaimana hebat geloranya, UMNO mampu tanganinya secara baik dan penyatuan orang Melayu tidak retak.

Menurutnya, UMNO pernah dibadai krisis ekoran penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kabinet dan UMNO.

“Akhirnya rakyat faham apa yang berlaku dan menolak Anwar,” katanya.

Justeru kata Syed Ali, beliau percaya kemelut yang melanda UMNO mutakhir ini akan dapat diselesaikan secara berhemah dengan mengambilkira kepentingan parti, rakyat dan negara.

“Kita sayangkan UMNO, semua pemimpin sayangkan parti, jadi pastinya UMNO akan kembali utuh dan bertaut sebagai sebuah pasukan yang kukuh,” tegasnya.

Malah katanya, keyakinan tersebut turut dirasai oleh seluruh ahli-ahli UMNO yang tidak rela melihat parti mengalami kehancuran.

Oleh sebab itu, beliau mendakwa pembangkang semakin memperhebatkan gerakan mereka menerusi pelbagai taktik dan kaedah tertentu untuk melemahkan struktur kepimpinan UMNO.

“Strategi mereka untuk hancurkan UMNO dan melenyapkan penguasaan orang Melayu dalam politik dan siasah negara ini,” tegasnya.

Ujar Syed Ali lagi, pihak berkepentingan sememangnya mahu berlaku pertelingkahan sesama orang Melayu bagi memudahkan agenda mereka untuk menguasai negara ini.

Menurutnya, strategi dan persespi liar itu akan terus diperhebatkan oleh pihak pembangkang sehingga berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Beliau mendakwa Dap, parti rasis sebagai dalang memecah-belahkan kesepakatan parti-parti diwakili oleh orang Melayu dan umat Islam sepertimana dilakukan terhadap Pas.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan beberapa isu politik dan ekonomi negara sekarang ini memberikan sedikit tekanan kepada UMNO.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment