Saturday, August 15, 2015
GHB Seperti PKR Pulak.... GHB Terbuka Kepada Bukan Islam - Salahuddin Ayob
SHAH ALAM : Gerakan Harapan Baru (GHB) mengajak bukan Islam untuk menyertai parti baru itu yang bakal dirasmikan sebelum sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos ini, namun imej dan dasar bukan Islam itu masih dikekalkan.
Timbalan Pengerusi GHB Salahuddin Ayob memberitahu, setakat ini masih belum diputuskan samada gerakan itu kekal sebagai NGO atau didaftarkan sebagai parti politik.
Tetapi apa yang pasti ujarnya, sebahagian daripada pemimpin progresif PAS akan menyertai gerakan berkenaan.
"Ia juga dibuka pada bukan Islam, tapi kami kekalkan dasar Islam. Tentang nama, kita tunggu satu sidang akhbar akan dipanggil.
"Terpulang nanti sekiranya ada di antara kami yang ingin ataupun ada pandangan GHB perlu kekal sebagai NGO, tapi yang pastinya sebahagian kami akan menyertai parti baru itu," katanya pada sidang di Shah Alam, hari ini.
Bekas ahli Parlimen Kubang Kerian selama dua penggal itu berkata, pengunduran kumpulan progresif dari PAS untuk menyertai parti baru tersebut adalah untuk memperkasakan Pakatan Rakyat pilihan raya umum akan datang.
"Itu lebih mudah untuk kita buat keputusan penting, dan kita rasakan perlu diisi dalam kelompangan untuk memperkukuhkan atau membina kembali Pakatan Rakyat.
"Itu adalah di antara usaha-usaha terakhir yang kami binakan dan ini serius untuk kita buktikan sebelun akhir bulan ini kita akan buat parti baru," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment