Saturday, August 15, 2015

Pembangkang Guna Taktik Lapuk Untuk Dolak Dalik Dalam Isu Dana Politik – Sharkar

14 Ogos 2015, Temerloh : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, Dap dan PKR akan terus berdolak dalih berhubung pendedahan dana politik yang mereka terima, biarpun kepimpinan PKR dan Dap baru-baru ini membuat kenyataan bahawa mereka bersedia untuk mendedahkan sumber dana politik yang diterima mereka.
Menurut beliau, jika pembangkang benar-benar telus dan tidak kisah rakyat tahu dari mana datangnya dana politik yang membiayai agenda politik pembangkang, sudah tentulah mereka akan bersetuju dengan cadangan PM untuk mewujudkan akta yang mewajibkan parti politik di negara ini mengiystiharkan dana masing-masing.
“Dulu bila PM kita mencadangkan agar diwujudkan akta yang mewajibkan parti politik untuk dedahkan sumber dana mereka, PKR dan Dap tidak bersetuju dan menolak cadangan tersebut. Tapi hari ini, pemimpin pembangkang dakwa mereka bersetuju pula.
mana-ada-janji-dap-penang-lim-guan-eng-tipu-bohong-rakyat
“Inilah sikap pembangkang yang suka flip flop dalam kenyataan mereka. Hari ini cakap lain, esok cakap lain. Bila didesak, mereka akan berdalih dengan seribu alasan. Ini samalah sepertimana sikap pembangkang dalam janji-janji mereka, contohnya isu rumah murah.
“Dulu sebelum menang pilihanraya janji pembangkang nak bina rumah murah untuk rakyat namun sehingga hari ini sebatang tiang rumah murah pun tak nampak. Bila didesak, macam-macam alasan mereka bagi, bahkan cuba nak letakkan kesalahan dibahu kerajaan pusat pula,” tegasnya.
Beliau juga melontarkan keyakinan bahawa pembangkang tidak mungkin akan mendedahkan sumber dana politik mereka memandangkan kebanyakkan dana yang mereka terima adalah melalui negara-negara barat.
“Pembangkang tahu, kalau mereka dedahkan sumber, mungkin ianya akan memberikan kesan terhadap persepsi negatif rakyat terhadap gerakan dan agenda politik mereka. Kita tahu bahawa ada dana-dana luar khususnya dari negara barat yang mereka terima.
“Selain itu, sebab yang lain mereka tidak mahu dedah ialah ada penyumbang yang menyumbang dana untuk pembangkang dan juga Barisan Nasional. Mereka sumbang kedua-dua belah pihak. Jadi kalau didedahkan, maka sudah tentulah penyumbang ini menghentikan sumbangan mereka kepada pembangkang. Jadi inilah yang menyebabkan mereka tolak cadangan PM itu,”ujarnya.
Kata Sharkar, pembangkang tidak pernah ikhlas dalam perjuangan mereka. Politik mereka hanyalah untuk kepentingan diri dan parti mereka sendiri, dan bukannya untuk rakyat.
“Sebab itu ketika PM mencadangkan perkara ini, mereka beria-ria menolak dan tidak mahu agar akta ini diwujudkan. Sudah pasti ada perkara yang hendak mereka sembunyikan berhubung siapa sumber yang memberikan mereka dana politik ini.
“Jadi dalam hal ini, saya seru rakyat agar buka mata dan minda. Mereka ini hanya mempergunakan nama rakyat untuk kepentingan politik mereka sahaja. Dan telah terbukti hari ini, apabila diberi kuasa, cara dan corak pentadbiran mereka lebih teruk dan tidak memenuhi janji-janji mereka pada rakyat,” akhirinya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment