Sunday, August 23, 2015

Giler Ke Apa Ni !!!! Sekolah di Pulau Pinang Dilarang Sertai Sambutan Hari Kemerdekaan Anjuran Kerajaan Negeri

SHAH ALAM : Semua sekolah di Pulau Pinang diberi arahan agar tidak menyertai perarakan atau sambutan Hari Kemerdekaan anjuran kerajaan negeri itu sehingga satu arahan lain dikeluarkan.

Ini berikutan tema 'BERSIH' yang dipilih kerajaan negeri berkenaan disifatkan sebagai sensitif.

Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Osman Hussain, yang dipetik Berita Harian mengesahkan pekeliling Jabatan Pendidikan negeri mengenainya sudah dikeluarkan semalam.

"Kita tidak mahu institusi pendidikan di negeri ini dicemari, dibayangi atau dikaitkan dengan pemikiran tidak sihat yang diketengahkan pemimpin politik di negeri ini," katanya sambil menambah, pihaknya masih menunggu 'lampu hijau' daripada kementerian berhubung perkara berkenaan.

Ujar Osman, jika kementerian memberikan lampu hijau, maka tidak ada masalah untuk sekolah menyertai sambutan kerajaan negeri.

Sebaliknya jika keizinan tidak diberi, sekolah akan mengadakan sambutan Hari Merdeka di kawasan sekolah masing-masing.

Perhimpunan Bersih 4.0 dijadualkan akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada 29 dan 30 Ogos ini.

Perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih itu bertujuan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak melepaskan jawatan ekoran dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment