Thursday, August 20, 2015
Guling Kerajaan : Nyanyukkah Kit Siang?
"DAP tidak pernah menerima satu sen pun dana asing sejak lima dekad
perjuangan politik kami untuk demokrasi dan keadilan di Malaysia," kata
Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mendakwa bahawa parti itu tidak pernah menerima satu sen pun dana asing sejak penubuhannya.
Tegasnya, jika DAP telah menerima hanya satu ringgit pun dana asing, mereka akan dituduh sebagai ejen dan alat kuasa asing.
KAH...KAH....KAH..... Korang Percaya?
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman
Dahlan yakin apapun tindak-tanduk parti pembangkang termasuk harapan
penasihat DAP Lim Kit Siang agar wujud pakatan pembangkang baharu
selepas pelancaran parti Gerakan Harapan Baharu (GHB), tidak akan
memberi ancaman kepada BN.
Malah Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan menjangka GHB yang dikatakan akan dilancar pada 31
Ogos ini akan terkubur seperti parti-parti serpihan yang pernah wujud di
negara ini, sebelum ini.
"Kita tidak akan terjejas dengan apapun tindakan parti pembangkang. Sama
ada pembangkang mahu mengambil semangat Semangat 46 dahulu, Angkatan
Perpaduan Ummah dan Pakatan Rakyat, tidak akan menyakitkan kepala kami
dalam BN.
Yang penting kepada BN ialah meneruskan tradisi berkhidmat kepada rakyat
dan memastikan keselamatan dan kestabilan ekonomi dan perpaduan sebagai
teras utama," katanya.
Abdul Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri
mesyuarat khas bencana di Pejabat Daerah Kota Belud di sini Selasa.
Beliau berkata berdasarkan pengamatannya, GHB tidak akan mampu menarik
anggota PAS dan UMNO untuk menyertai perjuangan mereka kerana anggota
kedua-dua parti berkenaan sangat berdisiplin dan berprinsip sebaliknya
sasaran keanggotaan GHB adalah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Jadi PAS tidak akan terjejas, UMNO juga tidak akan terjejas.
Insya-Allah, GHB akan terkubur seperti mana harapan (parti-parti) lain
sebelum ini.
Menyentuh kenyataan Kit Siang dalam sebuah portal berita yang meminta
Ketua Polis Negara menahan beliau kerana menyebarkan berita palsu, Abdul
Rahman berkata jika pembangkang boleh percaya Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak menukarkan penjawat awam bagi menyekat siasatan
dalam pelbagai isu, maka mereka juga perlu percaya teori bahawa terdapat
cubaan untuk mengaitkan Najib dengan jenayah.
Dalam temu bual Abdul Rahman dengan portal berita itu, Abdul Rahman yang
juga Anggota Parlimen Kota Belud berkata beliau tidak menyentuh sama
ada kertas pertuduhan itu wujud seperti yang didakwa Kit Siang.
"Sama ada wujud kertas pertuduhan itu atau tidak, kami serahkan perkara
itu kepada Ketua Polis Negara untuk menyiasat dan menerangkannya. Saya
tidak mempunyai maklumat mengenainya," kata beliau.
Abdul Rahman berkata mungkin usia Kit Siang menyebabkan pemimpin DAP itu tidak memahami maksud sebenar artikel berkenaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment