Thursday, August 20, 2015
Isu DEIG : Azmin Kepanasan... Semakin Hilang Kepercayaan ADUN Selangor
Menteri Besar Selangor yang belum cukup setahun Mohamad Azmin Ali kini
berada dalam kepanasan selepas entiti pelaburan yang diilhamkan beliau
Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG), ditolak oleh ADUN-ADUN Selangor,
baik BN, Bebas, DAP dan ADUN PAS yang digantung keahlian Saari Sungib.
Jika pada Selasa Azmin berdepan dengan Adun bebas Pelabuhan Klang Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mempertikai tindaka 'mengubahsuai' Menteri
Besar Incorporated (MBI) melalui penubuhan DEIG.
Pada Rabu, ADUN Hulu Kelang Saari Sungib mengusulkan agar operasi DEIG dihentikan.
Bercakap di dalam DUN, beliau menegaskan sekali lagi bahawa kebimbangan
hampir majoriti wakil rakyat adalah berkenaan keperluan untuk menubuhkan
satu lagi entiti baru seperti MBI.
Beliau dalam masa sama bimbang akan kurang keseimbangan dalam
pentadbiran apabila DEIG dan MBI dipelopori oleh orang yang sama Mohamed
Azmin Ali.
"DEIG ini sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk strategik pelaburan semua anak syarikat bawah MBI.
"Kebimbangan kami adalah apakah keperluan untuk menubuhkan DEIG ini
sedangkan MBI sudah ada... kita hendak memastikan ketelusan dan
akauntabiliti....kita takut tidak cukup untuk semak dan imbang,"
katanya.
Kedudukan dan bidang kuasa DEIG juga dikhuatiri akan melangkaui MBI yang
sebelum ini bertanggungjawab terhadap 12 anak syarikat yang terdapat
dalam syarikat di bawah kerajaan negeri tersebut.
Sehubungan Saari berpendirian penjelasan rasmi mengenaik strategik dan hala tuju DEIG perlu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan.
"DEIG akan jadi terlalu berkuasa dan boleh menguruskan semua GLC (anak
syarikat) di bawah MBI... kita hendak kurangkan kuasa yang terdapat pada
syarikat itu.
"kita cadangkan pembentangan rasmi mengenai strategik penubuhan DEIG
dalam bentuk kertas putih pada sidang akan datang atau sidang yang
dirasakan sesuai oleh Menteri Besar," jelasnya.
Saari digantung dari menjadi ADUN PAS setahun sejak November lalu
selepas menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi
MB Selangor.
PAS ketika itu menyokong Khalid Ibrahim dan selepas hu ha yang panjang
mengubah sokongan kepada Azmin Ali yang menjaya 'menyingkirkan'
pesaingnya Wan Azizah.
Pada Selasa turut bersuara adalah ADUN BN Sungai Panjang, Budiman Zohdi
yang berkata, penubuhan DEIG menambahkan lagi kecelaruan pentadbiran
kerajaan negeri di bawah Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali.
Katanya, kerajaan Selangor sepatutnya memperkemaskan pentadbiran MBI yang sedia ada tanpa perlu memwujudkan entiti baharu.
“Persoalannya kenapa perlu ditubuhkan entiti lain? Mengapa tidak MBI itu sendiri diperbetulkan dan diperjelaskan.
“…Menubuhkan entiti lain timbulkan banyak persepsi, dalam keadaan ia
ditubuh melalui Akta Suruhanjaya Syarikat 1967 dan ia boleh membuat
pinjaman dan tidak perlu melapor terus kepada kerajaan negeri,” katanya
dalam sidang media di Lobi Dewan Negeri Selangor (DNS).
DEIG yang ditubuhkan Disember 2014 ini adalah sebuah syarikat di bawah MBI yang bebas audit.
Azmin kemudiannya mempertahankan tindakannya dengan berkata DEIG yang
ditubuhkannya tidak akan dibayangi sejarah MBI yang sebelum ini dinaungi
oleh Khalid.
Tambah beliau, pengurusan pelaburan dan kewangan tidak akan memberi risiko kepada kerajaan negeri khususnya.'
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment