Friday, August 21, 2015

Habislah Kali ini MB Selangor !!! Jawab Jangan Tak Jawab !!!

1. Dakwaan TS Khalid Ibrahim bahawa kos pengambilan dan penstrukturan industri air adalah sebanyak RM 9.65 Billion sedangkan yang dilaporkan di persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor adalah sebanyak RM 2.00 Billion. Ke mana hilangnya RM 7.65 Billion.

2. Dakwaan-dakwaan beberapa ADUN Selangor bagaimana sebuah syarikat sendirian berhad yang dikenali sebagai Darul Ehsan Investment Group (DEIG) Sdn. Bhd. dengan modal berbayar RM 2.00 boleh diberi kepercayaan mengendalikan aset atau dana awam kerajaan Negeri Selangor bernilai RM 30 Billion.

3. Dakwaan dan kebimbangan orang awam dan ADUN-ADUN Selangor bahawa syarikat DEIG tidak dapat dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku penyusutan atau penyelewengan dana awam RM 30 Billion memandangkan ia (DEIG) tidak berada dalam kapasiti perlu melaporkan pada sidang DUN Selangor, sebaliknya hanya bertanggungjawab kepada Pengarah Syarikat DEIG (DEIG) sahaja.

4. Dakwaan bahawa terdapat dua orang penama yang tidak dikenali sebagai tokoh perniagaan yang berjaya mampu menguasai 74 buah GLC (Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan).

5. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor YB Hannah Yeoh perlu mengadakan sesi pendengaran awam SELCAT bagi merungkai dan mencari penyelesaian skandal DEIG ini.

6. Menteri Besar Selangor, YB Mohamed Azmin Ali wajar menghentikan operasi DEIG dalamasa 24 jam sehingga semua proses dan siasatan terhadap skandal ini selesai.

7. Menteri Besar juga perlu diberi peluang untuk bercuti rehat dan RAKYAT Selangor perlu mempersembahkan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan agar menasihatkan beliau berbuat demikian. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment