Monday, August 17, 2015
Hebat Sangatkah Mukhriz Mahathir?
EDITOR MENULIS...
17 OGOS 2015
'Garang' sungguh bunyinya suara Mukhriz Mahathir di atas pentas
UMNO baru-baru ini.
Takut saya mendengar amaran Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang dilantik Presiden UMNO, Dato' Seri
Najib Tun Razak itu. Gerun!
Di atas pentas UMNO, di depan perwakilan parti, Mukhriz begitu 'heroic'
sekali memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak 'menyentuh'
kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden parti.
Amaran tersebut seolah sesiapa saja yang 'mengusik', 'menghentam' atau
'mempersenda' Muhyiddin, maka mereka akan berdepan dengan amukan
panglima nusantara yang bernama Mukhriz, anak kepada negarawan terhebat
bertaraf dunia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Begitulah sikap dan pendirian Mukhriz, bersungguh-sungguh benar beliau
mempertahankan kedudukan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO yang
tercinta...
Namun pelik bin ajaibnya, sudah sekian lama Presiden UMNO diusik,
dihentam dan dipersenda, namun tidak pula Mukhriz beri amaran sebegitu
rupa, kan?
Ketika Najib dihentam dan dituduh dengan isu Altantuya dulu, ada Mukhriz
berbunyi 'garang' begitu? Sudah jelas Najib tiada kena mengena dan
tidak membunuh Altantuya, tapi ramai yang mengecam beliau. Ada Mukhriz
keluarkan 'garang'nya mempertahan nama baik Presiden UMNO?
Ketika Presiden UMNO itu berhempas pulas mencari kebenaran tentang 1MDB
dan membersihkan namanya dari tuduhan rambang Wall Street Journals serta
Sarawak Reports, di mana suara 'garang' dari 'panglima' Mukhriz
agaknya?
Ketika Najib selaku Presiden UMNO dipersoal mengenai dana politik RM2.6
bilion yang 'menyuap mulut' UMNO Kedah yang meminta-minta selama ini
sejak 2013, di mana agaknya suara amaran Mukhriz yang mempertahankan
Najib? Mana???
Setelah dilantik sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan
UMNO Negeri Kedah, tiba-tiba ini pula yang dibalas Mukhriz? Diberi susu,
tapi tuba yang dibalas? Pepatah Melayu berkata, 'orang berbudi, kita
berbahasa', dan ini 'bahasa' Mukhriz pada orang yang berbudi padanya?
Di mana peranan Mukhriz dalam agenda perpaduan di dalam UMNO? Mana
perana Mukhriz dalam agenda memperkukuh institusi UMNO? Mana peranan
Mukhriz selaku pemimpin UMNO yang tahu tentang etika, tanggungjawab dan
kerahsiaan dalam parti? Mana???
"Yang dok cakap banyak ini bukan hebat sangat pun. Kawasan sendiri pun
tak terjaga, pilihanraya pun kalah. Orang macam tu saya rasa tak payah
layan sangat", kata Mukhriz di depan para perwakilan Pemuda UMNO
Bahagian Jerlun.
'Hebat' sungguh kata-kata Mukhriz. Beliau hebat sangatkah? Beliau baru
bertanding dua kali. Sekali di Parlimen Jerlun dan sekali lagi di DUN
Ayer Hitam. Benarlah beliau menang kedua-duanya. Tapi apakah beliau
menang atas kapasiti kekuatannya tanpa pengaruh UMNO?
Saya ingat lagi ketika itu bagaimana sebilangan jentera Mukhriz
mendakwa beliau disabotaj. Dari bertanding di Parlimen Langkawi sebagai
kawasan 'putih' bagi BN, tiba-tiba dialih Pak Lah ke Parlimen Jerlun di
mana beliau perlu 'bersilat' dengan kepimpinan UMNO Jerlun ketika itu?
Malah ketika berkempen, turut dikhabarkan bahawa bapanya Tun M terpaksa
ke hulu ke hilir merayu kepada pemimpinan UMNO di situ supaya memberi
laluan kepada anaknya. Entah apalah 'golden shakehand' yang termetri,
akhirnya Mukhriz menang juga.
Tapi guna nama 'Tun M'lah. Jika nama beliau 'Mukhriz bin Mahfuz',
rasanya mungkin beliau akan kalah hilang deposit! Dan perkara itu juga
dikatakan berulang ketika beliau bertanding di Ayer Hitam. Begitu cerita
dari anak tempatan di Kedah mengenai 'kemenangan' Mukhriz yang kononnya
'hebat' itu...
Dalam UMNO, Mukhriz lebih 'hebat' politiknya. Bertanding merebut Ketua
Pemuda UMNO, meskipun mendapat pencalonan terbanyak dan dibantu oleh
Najib, Mukhriz tewas di tempat ketiga, tercorot dari kedudukan tiga yang
bertanding.
Khabarnya ketika itu kemenangan Khairy Jamaluddin terpalit dengan
sorakan "KJ rasuah! KJ rasuah!". Namun jika Mukhriz benar-benar hebat
dan cakapnya dipandang warga UMNO, KJ rasuahlah berapa banyak sekalipun,
penulis yakin Mukhriz akan tetap menang, bukan?
Tapi oleh kerana mungkin 'terlalu hebat', maka beliau tewas tercorot?
Malulah kalau yang kononnya menempelak orang lain, tiba-tiba beliau pun
tidak sehebat mana. Bertanding Ketua Pemuda UMNO, lawan dengan KJ yang
digelar bapanya sebagai 'budak kanyaq' pun tewas? 'Hebat' apa namanya
begitu?
Pada pemilihan UMNO yang lalu, mungkin rasa terlalu 'hebat' mungkin,
maka Mukhriz sekali lagi tewas dalam perebutan jawatan Naib Presiden
UMNO. Walau ada tiga tempat bagi jawatan tersebut, satu pun Mukhriz
tidak 'sangkut'? Malah tewas pula ditangan Dato' Seri Hishamuddin Tun
Hussein yang dilihat 'lemah'?
Apa alasan? Duit lagi? Politik wang menyebabkan Mukhriz tewas? Benarkah
Mukhriz 'suci' dari sebarang politik wang? Berani bersumpah tidak pernah
beri sebarang RM atau wang poket kepada mana-mana perwakilan termasuk
dari Kedah? Boleh percayakah?
Bukanlah saya bermaksud untuk merendah-rendah kredibiliti Mukhriz.
Saya hormat padanya selaku antara pemimpin UMNO yang berpotensi.
Namun tidak perlulah bersikap 'double standard'.
Beliau perlu berlaku adil. Tidak memihak kepada mana-mana pihak,
sebaliknya lebih memihak kepada UMNO sebagai sebuah parti yang perlu
diperlihara. Meminjam kata-kata hikmah dari bapanya, pemimpin UMNO itu
perlu mengutama parti lebih dari kepentingan peribadi. Mukhriz faham
atau tidak kata-kata hikmah bapanya itu?
Justeru itu, saya berharap supaya Mukhriz berlaku profesional. Jangan
fikir beliau seorang saja yang sayangkan dan cintakan UMNO. Jangan
fikir dengan memberi amaran begitu akan menandakan beliau memperkukuhkan
UMNO. Ramai diluar sana yang melihat tindakan tersebut lebih kepada
merosakkan parti. Harap maklum... bolehlah sama-sama kita fikirkan...
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment