Monday, August 17, 2015

Ini Baru Bertemu Buku Dengan Ruas... Sarang Lebah Jangan Dijolok... Inilah Padah Dan Akibatnya

KUCHING : Persidangan Sehari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah menyaksikan perdebatan menarik di antara Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Adenan Satem dengan Ketua Pembangkang yang juga Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen di sini, pagi tadi.

Persidangan tersebut bertujuan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11 Sarawak bagi tempoh 2016 hingga 2020 bagi melestarikan pembangunan Sarawak menjelang negara maju 2020.

Sepanjang tempoh hampir 4 jam pembentangan yang menyaksikan Adenan menyampaikan pelan perancangan pembangunan Sarawak dalam RMK-11 dengan mendapat sokongan penuh daripada ahli-ahli Barisan Nasional (BN).

Di penghujung pembentangan, Adenan yang berhujah dengan menjawab persoalan yang kerap dibangkitkan Ahli Parlimen Bandar Kuching di Persidangan DUN Sarawak sebelum ini dan di beberapa akhbar Cina dan tempatan Sarawak berhubung isu tanah di Batu Kawa.

Dalam jawapan bertulis dan lisan itu, Adenan telah menjawab segala pertuduhan yang dilemparkan Chong sehingga menyebabkan Ketua Pembangkang itu terpaksa bangun bagi menjawab balas.

Jawapan yang diberikan Chong itu seolah-olah 'menikam' dirinya sendiri apabila Adenan dengan selamba memberitahu menjadi kebiasaan ahli-ahli pembangkang yang cuba mengalih isu yang telah dijawab dengan mengutarakan isu lain bagi mengelak dimalukan.

Keadaan ini menyebabkan Chong marah sehingga ditenteramkan Speaker DUN bagi membolehkan Ketua Menteri Sarawak menyelesaikan bahagian penggulungan pembentangan RMK-11 Sarawa.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment