Sunday, August 02, 2015
Ini Semuanya Nak Laga Laga UMNO Saja....Zahid Tolak Cakap-Cakap Tukar MB
BAGAN DATOH : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak cakap-cakap bahawa
beberapa Menteri Besar akan dilucutkan daripada jawatan mereka.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, perkara berkenaan tidak
dibincangkan dalam pertemuan antara Datuk Seri Najib Tun Razak dengan
Pengerusi Perhubungan Umno Negeri yang diadakan pada Jumaat.
"Tidak ada perubahan, saya beri jaminan kepada anda," katanya kepada
pemberita selepas mesyuarat Umno Bahagiannya di sini, Sabtu.
Berikutan pertemuan di Seri Perdana di Putrajaya pada petang Jumaat,
hangat diperkatakan bahawa tiga Menteri Besar akan digugurkan.
Antara yang disebut ialah Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (Perak), Datuk
Seri Mukhriz Mahathir (Kedah) dan Datuk Seri Adnan Yaakob (Pahang).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment