Sunday, August 02, 2015
Padan Mukanya....29 Ditahan Sertai Perhimpunan Haram Di KL
KUALA LUMPUR : Seramai 29 individu termasuk enam wanita ditahan kerana
disyaki terlibat dalam perhimpunan haram, yang dianjurkan beberapa
kumpulan di hadapan sebuah kompleks beli-belah di ibu negara pada Sabtu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata dalam kejadian
kira-kira 2.15 petang itu, kesemua individu terbabit yang ditahan
berumur dalam lingkungan 14 hingga 69 tahun.
"Mereka disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan, iaitu sesiapa
yang menjadi seorang anggota sesuatu perhimpunan yang menyalahi
undang-undang, hukumannya boleh dipenjara selama tempoh sehingga enam
bulan, atau denda, atau kedua-duanya.
"Siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan, iaitu
aktiviti-aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, dan boleh
membawa hukuman penjara selama tempoh 20 tahun," katanya menerusi
kenyataan.
Beliau berkata kesemua individu ditahan itu akan dihadapkan ke mahkamah
bagi mendapatkan perintah tahanan reman untuk membantu siasatan polis.
Perhimpunan haram itu, yang mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak berundur, gagal mendapat sambutan setelah ia hanya dihadiri
kurang 100 orang peserta berbaju hitam.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment