Monday, August 17, 2015
Jaga Ahli Umno Sahaja Tidak Cukup Untuk Menang PRU14 - KJ
KUALA NERANG : Menjaga anggota UMNO sahaja dan bergantung kepada
kelemahan parti lawan tidak cukup untuk menjamin kemenangan pada Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU), kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy
Jamaluddin.
Beliau berkata anggota parti perlu menerima hakikat bahawa kemenangan
Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang
bergantung kepada rakyat yang memberi mandat untuk memerintah negara
ini.
"Menjaga anggota Umno sahaja tidak cukup atau mengharapkan kelemahan
parti lawan untuk menang. Kita perlu kembali kepada rakyat," katanya
kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pemuda dan
Puteri Umno Bahagian Padang Terap, di sini, Sabtu.
Justeru, katanya, kepimpinan parti perlu merangka strategi bagi
memastikan anggota parti dan pengundi memberi kepercayaan kepada Umno
dan Barisan Nasional (BN) untuk terus memerintah negara.
Beliau berkata Umno dan BN tidak akan memperolehi kemenangan pada PRU ke-14 sekiranya tidak mendapat sokongan daripada rakyat.
Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata Umno perlu kembali
kepada asas perjuangannya sebelum ini iaitu mendekati rakyat di
peringkat akar umbi serta memastikan suara hati mereka didengar oleh
kepimpinan parti.
Menurutnya, suara akar umbi adalah penting dalam memastikan Umno dan BN tidak kalah pada pilihan raya akan datang.
"Kita jangan membisu dan apa yang terbuku dalam hati kita suarakan. Ahli
Umno tidak perlu cakap di belakang sebaliknya guna platfom seperti
mesyuarat perwakilan ini untuk sampaikan isi hati mereka," katanya.
Dipetik daripada sumber : BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment