Monday, August 17, 2015
Setiap Ujian Ke Atas UMNO Ada Hikmah - Zambry
DUNGUN : Anggota Umno perlu melihat segala masalah dan krisis yang
melanda parti itu secara positif kerana ia bukanlah perkara asing kepada
Umno sejak ia ditubuhkan pada 1946.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata
sejak dahulu lagi, Umno sudah menghadapi pelbagai ujian dan krisis,
namun ia sedikit pun tidak menghalang Umno untuk terus kekal sebagai
parti utama dalam kerajaan hari ini.
"Umno melalui pelbagai ujian dan cabaran sejak ditubuhkan pada 1946
sehinggalah ke hari ini, namun setiap kali kita diuji, kita boleh lihat
pada masa itulah kita kekal bersatu, itulah hikmah kepada Umno," katanya
pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Dungun di sini
Sabtu.
Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata Umno hari ini menjadi kuat
kerana telah banyak menempuh ujian dan cabaran, bukan sahaja dari luar
malah dalam parti itu sendiri.
Katanya anggota Umno perlu lebih kuat dan bersemangat serta menjadikan
segala krisis dan ujian sebagai panduan untuk terus mara ke hadapan
sejajar dengan asas perjuangan parti untuk membela bangsa dan agama.
Beliau berkata anggota Umno sebenarnya menjadi lebih kuat setiap kali
mereka berhadapan sesuatu krisis dan ia terbukti dalam senario politik
di Terengganu dan Perak yang pernah jatuh kepada parti pembangkang.
Zambry berkata ketika dua negeri itu ditadbir oleh pembangkang, Umno dan bangsa Melayu kembali bangkit bersatu.
"Terengganu dan Perak boleh saya kata senasib, kita pernah kalah,
Terengganu pada 1999 dan Perak 2004...bila kita kalah kita bangkit
semula hari ini," katanya.
Beliau berkata slogan 'Gelombang Biru' yang bermula di Terengganu perlu
dibangkitkan semula sebagaimana semangat itu pernah melanda seluruh
negara pada Pilihan Raya Umum 2004.
"Saya yakin apa yang berlaku kepada Umno hari ini adalah ujian dan takdir daripada Allah kepada kita," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment