Monday, August 17, 2015

Kebajikan Rakyat Terpinggir, Rumah Mewah Lebih Diutamakan... Undilah Lagi DAP

14 Ogos 2015, Balik Pulau : Kebimbangan terhadap nasib puluhan kampung Melayu di sini, daripada ancaman projek pembangunan komersial sudah acap kali dibangkitkan pemimpin masyarakat termasuk bekas Ahli Parlimennya, Yusmadi Yusoff.

Malah beliau baru-baru ini sekali lagi me­lahirkan kebimbangan kerana mendakwa terdapat penduduk kampung dihalau selepas tanah mereka bakal diambil untuk dibangunkan.

“Ketika pulang berhari raya di Kampung Kuala Jalan Bharu, Balik Pulau, saya amat terkejut apabila melihat satu kawasan perumahan bernilai jutaan ringgit dibina pada jarak kurang 100 meter dari rumah ibu saya.

“Saya juga dimaklumkan bahawa sebahagian lagi kawasan di kampung berkenaan akan diba­ngunkan kerana penduduk sudah menerima notis tuntutan pengusiran,” katanya.
Dalam masa sama, beliau mendakwa banyak isu kebajikan membabitkan penduduk di situ gagal diselesaikan sebaliknya pihak-pihak berkenaan hanya berminat meluluskan projek perumahan mewah.

“Kes-kes pengusiran di perkampungan nelayan Teluk Kumbar belum diselesaikan. Projek-projek perumahan baharu ratusan ribu dan jutaan banyak diluluskan. Semua pembangunan ini untuk siapa? Mampukah orang Balik Pulau menikmatinya?,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak supaya satu garis panduan dalam membela hak penduduk kampung yang terlibat dalam kes pengambilan tanah tersebut digubal segera oleh pihak berkuasa.

Kata Yusmadi, berdasarkan penelitian, antara faktor yang menyebabkan pemaju berlumba-lumba membina projek mewah di Balik Pulau kerana kelulusan yang diberikan terhadap projek pembangunan sebelumnya.

Tambahnya, kelulusan itu memberi keyakinan tinggi kepada pelabur bahawa kawasan ber­kenaan boleh terus dimajukan.

Bagaimanapun katanya, pembangunan rancak berkenaan menimbulkan perbagai persoalan terutama berhubung dasar pembangunan perancangan desa kerana implikasi yang diterima penduduk kampung.

“Ibu saudara saya yang berusia 80 tahun dan mempunyai seorang cucu orang kurang upaya (OKU) terpaksa berpindah kerana rumah telah dirobohkan untuk projek pembangunan.

“Di manakah aspek kemanusiaan kerana saya lihat pembangunan di sini bersifat komersial semata-mata,” katanya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment