Wednesday, August 19, 2015
Jangan Dera Keluarga Saya - Anwar ...Apa Hal Pulak Meroyan Ni
Banduan tetap Banduan....Habis yang orang lain plak apa cerita. Apa yang special sangat ANWAR ni?
PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan kerana
kesalahan meliwat mendakwa pihak berkuasa memberi layanan yang 'terlalu
ketat' hingga menyusahkan keluarga dan peguamnya.
Menerusi pesanan lisan yang disampaikan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi
Fadzil, bekas Ketua Pembangkang itu meminta Timbalan Perdana Menteri
yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya
memberi sedikit keistimewaan kepadanya.
"Semuanya terlalu ketat. Nak dera Anwar, faham. Saya faham. Itu saya tak ada masalah.
"Tapi janganlah dera keluarga saya. Keluarga nak jumpa susah...bagilah jumpa sekejap," katanya pada Rabu.
Selain itu menerusi pesanan yang sama ketika hadir di Mahkamah Tinggi
Jalan Duta, Anwar mendakwa haknya untuk mendapatkan khidmat peguam turut
disekat.
"Jangan sekat peguam saya. Ini buku nota pun tidak boleh. Saya mintak
Datuk Seri Zahid timbang. Timbang keluarga dan kerja urusan peguam,"
katanya.
Sebelum ini isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan
mendakwa tidak dibenarkan melawat suaminya pada perjumpaan khas
keluarga dan penghuni penjara sempena sambutan Aidilfitri.
Bagaimanapun Jabatan Penjara menerusi kenyataan pada 20 Julai lalu
menegaskan tiada banduan beragama Islam dinafikan hak perjumpaan dengan
ahli keluarga sempena Aidilfitri secara berperaturan, termasuk Anwar.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment