Wednesday, August 19, 2015
Penentang Najib di Bawah Tapak Kaki Saya - Diva AA
Azwan Ali, atau lebih dikenali sebagai Diva AA menyifatkan pihak yang menentang Perdana Menteri berada di bawah tapak kakinya.
"Kepada semua pihak yang menentang pemerintahan Perdana Menteri, mereka
berada di bawah tapak kaki saya," katanya memetik laporan dari Sinar
Harian Online.
Tambah Azwan Ali lagi, hak untuk menyokong Perdana Menteri adalah hak mutlaknya yang dijamin oleh perlembagaan.
"Kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen," katanya.
"Beberapa tahun lalu, saya hampir membenci Perdana Menteri kerana
termakan dengan segala fitnah dan bidaah, tetapi saya bersyukur, saya
kembali berpihak kepada kerajaan selagi Datuk Seri Najib tidak
dijatuhkan apa-apa hukuman atas apa-apa pertuduhan di mana-mana mahkamah
dalam Malaysia, mahupun di luar negara," tambahnya lagi.
Mengulas laporan polis yang dibuat berkenaan ugutan yang diterima
olehnya di laman Instagram baru-baru ini, Azwan menyifatkan individu
yang membuat ugutan itu sebagai biadap.
"Pada saya, tindakan suspek yang mengugut saya itu adalah biadap!
"Saya salute kepada PDRM kerana mengambil kes ini sebagai serius dan
terjumlah di bawah kesalahan Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang boleh
membawa kepada hukuman dua tahun penjara atau lebih," kata Azwan.
Selain dari itu, beliau turut menasihatkan pengguna media sosial
Instagram yang bersikap anti Najib supaya bermuhasabah diri sebelum
meringkuk dalam penjara.
"Saya mendapat sokongan besar daripada sebahagian penyokong saya yang
kini melebihi 95,000 orang dan saya siap menyeru agar semua berdoa,
supaya kes ini sangkut sebagai pengajaran kepada semua.
"Saya juga kesal apabila perspektif saya ke atas Datuk Seri Najib
dilaga-lagakan dengan perspektif oleh Menteri Besar Selangor kerana
dalam soal politik, tiada ruang berkompromi tentang apa yang benar. Saya
pertahankan dan menyokong Datuk Seri Najib bukan kerana menghadap
mana-mana habuan daripada kerajaan.
"Azwan Ali hanya takut kepada ALLAH SWT, dan tidak perlu mengugut saya
walaupun anda anti Perdana Menteri," katanya di akhir temuramah itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment