Wednesday, August 19, 2015
Bangangnya Apek Ni.... Lim Kit Siang Kata Pasal Guling Kerajaan : Apa Salahnya Kalau Majoriti Cukup, Kata DAP
19 Ogos 2015, Kuala Lumpur : "Kalau kita (Ahli Parlimen) tidak percaya kepada
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan cukup majoriti mahu dia
dihentikan apa salahnya?" demikian kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit
Siang ketika disoal oleh media mengenai isu 'guling kerajaan'.
Mengulas lanjut, Kit Siang berkata, istilah guling kerajaan adalah tidak
tepat untuk menggambarkan keadaan tersebut (situasi ahli parlimen untuk
memberi undi tidak percaya kepada PM), kerana guling kerajaan itu
merujuk kepada kekerasan dan tidak bertindak mengikut Perlembagaan.
"Sampai sekarang tidak ada bukti bahawa ada usaha untuk menggulingkan
kerajaan, mana? Mengguling apa ertinya? Ialah menggunakan cara
kekerasan, cara tidak ikut Perlembagaan itu.
" MP tidak percaya pada PM bukan guling, dalam sistem demokrasi MP boleh
tukar PM sama ada dalam Dewan Rakyat melalui undi tidak percaya atau
luar dewan ikut formula Perak," katanya pada sidang media DAP di Ibu
Pejabat parti itu di Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Kit Siang berkata, beliau tidak dapat memastikan adakah
benar adanya dakwaan yang membabitkan ahli Umno untuk jatuhkan Najib.
"Saya tidak pasti ada ke tiada, cuma kalau ada, kalau mereka tidak mahu
Najib lagi, mereka boleh lakukan dengan cara undi tidak percaya (ikut
Perlembagaan)," katanya.
Terdahulu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ada
mendedahkan komplot untuk menjatuhkan Najib membabitkan pemimpin Umno.
Namun dakwaan yang membabitkan pemimpin Umno seramai 20 orang
sepertimana yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak disangkal oleh
Pengerusi BNBBC, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad semalam.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment