Monday, August 03, 2015
Jangan Guna Kebebasan Media Untuk Sebar Fitnah - TPM
BAYAN BARU : Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap
dalang yang menyebarkan fitnah dan memutar-belitkan fakta terutamanya
di media sosial.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,
pihaknya tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas
terhadap dalang bertindak menyebarkan fitnah selepas terdapat dakwaan
bahawa kerajaaan akan menyekat penggunaan media sosial mulai Selasa ini.
"Tiada kompromi bagi mana-mana media yang bertindak memutar belit fakta
di bawah pimpinan saya,” kata Ahmad Zahid ketika ditemui wartawan
selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Bayan Baru, di
sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pihaknya telah
mengarahkan polis menyiasat dakwaan tersebut dan meminta pihak yang
tidak bertanggungjawab itu menarik balik kenyataan berhubung sekatan
tersebut kerana ia tidak berasas.
"Jangan buat fitnah bodoh, laman sosial atau sebarang portal berita
adalah di bawah kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ...
jangan rosakkan nama seolah-olah saya tidak faham perundangan atau
bertujuan untuk semua pengendali media membenci saya," katanya.
Ahmad Zahid juga mengingatkan semua pihak supaya tidak menggunakan
kebebasan media yang diberikan dengan menjadi agen penyebar fitnah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment