Monday, August 03, 2015
PAS Kuala Terengganu Larang Ahli Jalin Kerjasama Dengan Raja Kamarul Bahrin
SHAH ALAM : PAS Kuala Terengganu mengarahkan ahlinya agar tidak
menjalinkan apa jua bentuk kerjasama dengan Ahli Parlimen kawasan
berkenaan, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah, susulan penglibatan pemimpin
berkenaan dalam Gerakan Harapan Baru (GHB), iaitu sebuah parti serpihan
PAS.
Setiausaha PAS Kuala Terengganu, Mohd Soud @ Said @ Mat Ali berkata,
arahan berkenaan selari dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh PAS
Pusat bertarikh 29 Julai lalu.
"Sebagaimana yang dimaklumi bahawa YBM Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah
(Ahli Parlimen Kuala Terengganu) telah diisytiharkan secara rasmi
sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) negeri Terengganu
sepertimana yang telah diumumkan dalam himpunan GHB pada 31 Julai di
Jerteh, Besut dan beliau telah memperakui menerimanya.
"Sehubungan dengan itu PAS Kawasan Kuala Terengganu yang bermesyuarat
pada 1.8.2015 berpegang kepada perkeliling isu GHB yang dikeluarkan oleh
PAS Pusat bertarikh 29.7.2015 antaranya tidak lagi mengabungkan diri,
bekerjasama, memberi apa-apa jua bantuan atau kemudahan kepada YBM Ahli
Parlimen Kuala Terengganu.
"Kerjasama dan perhatian dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
GHB ditubuhkan oleh kumpulan progresif parti Islam itu yang kalah dalam pemilihan pada Jun lalu.
Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, mempengerusikan parti itu
manakala anggota jawatankuasa interimnya terdiri daripada bekas Menteri
Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib; bekas Setiausaha Agung
PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar; bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub
serta bekas pemimpin kanan parti seperti Dr Mohd Hatta Ramli, Datuk Dr
Mujahid Yusof Rawa dan Khalid.
Ia bakal ditubuhkan secara pada 14 September depan.
PAS sehingga kini mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' sebelum
mengambil apa-apa tindakan terhadap ahli dan pemimpinnya yang terlibat
dengan GHB, sehinggalah ia ditubuhkan secara rasmi kelak.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment