Monday, August 03, 2015
Syabass Presiden PAS !!!! Jangan Diperbodohkan Hingga Terlibat Demonstrasi Ganas - Haji Hadi
Selepas berjaya menyingkirkan golongan liberal daripada PAS, Presidennya
Datuk Seri Abdul hadi Awang mengingatkan orang ramai yang menyokong PAS
tidak terlibat dengan demostrasi ganas dan bergaduh dengan pihak
berkuasa.
Menurutnya semua masalah yang melanda negara ketika ini termasuk yang
berkaitan dengan politik harus diselesaikan mengikut lunas dan syariat
Islam.
Demonstrasi jalanan katanya, sedikit sebanyak akan mengundang keganasan
apatah lagi apabila ada provokasi pihak tidak bertanggungjawab.
"Kita berdemonstrasi, bergaduh dengan pihak polis sedangkan orang lain memerhati.
Jangan kita diperbodohkan (pihak tidak bertanggungjawab)," katanya
semasa berucap di Perhimpunan Pihak 4.0 di Kuala Lumpur Ahad malam.
Beliau dipercayai mengulas mengenai perhimpunan haram anjuran penyokong
PKR dan DAP di Kuala Lumpur pada Sabtu yang menyaksikan 29 orang
ditangkap pihak berkuasa.
Sementara itu, mengulas pelantikan jawatan baru anggota kabinet, kata
Hadi, kerajaan tidak akan mampu menangani segala kemelut yang timbul
jika pemimpin berkaitan tidak kembali ke jalan Islam.
"PAS boleh bekerjasama dengan semua pihak, PAS tidak mahu rebut jawatan,
orang bukan Islam tidak perlu takut dengan Islam kerana ia bukan
sekadar agama, tapi mencakupi semua aspek kehidupan.
"Pemimpin yang ada ketika ini, perlu kembali kepada Islam dan kita
bersetuju menyokong kalau mereka kembali. Kita tak mahu rebut jawatan
tapi kalau tidak (kembali kepada Islam), kami lawan habis-habisan,"
katanya.
Sementara itu Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, berkata
parti serpihan PAS, Gerakan Harapan Baru (GHB) dengan idea mewujudkan
Islam yang syumul adalah sebuah angan-angan yang tidak mungkin
kesampaian.
"Semuanya berkisarkan kepada idealogi politik Setiausaha Agung DAP, Lim
Guan Eng. "Pendirian mereka juga jelas bercanggah apabila dengan tegas
menyatakan kemenangan PAS tidak akan berlaku jika tidak bekerjasama
dengan DAP.
"PAS sebuah parti Islam. Menang atau kalah, segalanya ditentukan Allah
SWT, bukan DAP. Kerana itu kita kata GHB ini rosak akidah kerana
mempercayai pergantungan kepada manusia melebihi kepada Allah SWT,"
katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment