Tuesday, August 25, 2015
Jangan Kita Jadi BARUA DAP.... Perhimpunan Bersih 4.0 Tidak Terjejas Tanpa PAS - Mat Sabu
SHAH ALAM : Gerakan Harapan Baru (GHB) menyifatkan sambutan terhadap
perhimpunan Bersih 4.0 tidak akan terjejas walaupun PAS tidak
mengerahkan ahlinya menyertai himpunan itu pada hujung minggu ini.
Pengerusi GHB, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu
bagaimanapun berkata, beliau percaya ahli PAS akan menyertai perhimpunan
berkenaan kerana melibatkan isu rakyat.
"Tidak terjejas bahkan saya yakin ahli PAS juga akan bersama dalam
himpunan itu, Bersih adalah isu rakyat... tidak kira parti politik semua
akan turun.
"InsyaAllah, akan berlaku satu perhimpunan aman," katanya pada sidang media mengenai Bersih 4.0 di pejabat GHB di sini, Selasa.
Turut hadir, Setiausaha Gerakan Harapan Baru (GHB) Dr Dzulkefly Ahmad.
Pada Isnin, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti
itu tidak akan mengerahkan ahli dan penyokongnya untuk menyertai
perhimpunan Bersih 4.0 di ibu negara pada Sabtu dan Ahad ini.
Sebaliknya kata Takiyuddin, PAS akan menghantar wakil ke perhimpunan
berkenaan sebagai tanda sokongan kepada tuntutan Bersih terutama dalam
aspek sistem pilihan raya yang lebih telus dan adil.
Mengulas lanjut, Mat Sabu berkata, GHB akan mengarahkan 500 sukarelawan
gerakan itu yang akan bertugas pada hari itu bersama Pemuda Sosialis
DAP (Dapsy) dan Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Beliau menambah, GHB bersama Bersih memberi jaminan bahawa perhimpunan
kali ini akan diadakan secara aman tanpa sebarang keganasan.
"Kita akan bersama Bersih. Bersih kata teruskan, kita teruskan (sertai
himpunan). Kita adakan perhimpunan dengan tangan kosong, tanpa senjata.
Kita menolak segala bentuk keganasan.
"Saya rasa polis akan ada pertimbangan. Saya yakin mereka akan bertugas
dengan baik," katanya berharap perhimpunan Bersih akan berada dalam
keadaan terkawal.
Sebelum ini, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai
perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos ini kerana ia menyalahi
undang-undang dan tidak memenuhi syarat notis di bawah Akta Perhimpunan
Aman 2012.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment